Ahad, November 23, 2014

Huh! Nasib baik la ada budak - budak Pencacai dikalangan Anak Muda Kecoh (AMK) ni yang nak selamatkan kemaluan Si ADUN Sri Andalas tu.

Kalau nak harapkan dia, tunggu sampai kucing tumbuh tanduk pun belum tentu lagi dia berani nak ambik tindakan terhadap dakwaan yang dibuat sebelum ini.

Soalnya, kenapa Si Xavier tu TAKUT sangat nak saman Si Chagubard tu dan mendedahkan perkara yang sebenar? Dah tentu - tentu ada udang yang cuba nak disembunyikan. Tu pasal la dia tak de TELOR nak ambik tindakan!!!

KUALA LUMPUR - Kelantangan ahli PKR yang digantung, Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard mengkritik tindakan yang dikenakan terhadapnya dan juga kepimpinan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mendapat reaksi tegas daripada Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Jestin Raj Savarimuthu.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Ketua AMK Cabang Kota Raja itu, niat sebenar Chegubard dipertikaikan terutamanya selepas melontar tuduhan yang tidak berasas berhubung isu surat sokongan dalam pelantikan Menteri Besar selain memalukan nama Parti Keadilan Rakyat.
“Ingin saya nyatakan bahawa apa-apa pun urusan berkaitan perlantikan Menteri Besar adalah isu dalaman parti yang telah diselesaikan secara wajar dan Menteri Besar yang baru telahpun mendapat restu dari Ketua Umum dan President PKR.
“Chegubard tidak seharusnya memanjangkan lagi isu ini dengan membawa masuk isu Surat Akuan Sumpah atau Statutory Declaration atas nama Dr Xavier Jayakumar,” ujarnya yang menambah, Naib Presiden PKR itu telah menyangkal dakwaan tersebut dengan mengatakan surat Akuan Sumpah itu adalah palsu dan tandatangan itu bukan milik beliau.
Menurut Jestin, Xavier telahpun membuat laporan polis terhadap Surat Akuan Sumpah palsu pada 16 September 2014, walaupun Chegubard mengatakan tiada laporan polis sehingga kini.
“Saya juga secara keras menyangkal tuduhan Chegubard dengan mengaitkan Azmin dalam tuduhan ini dengan mengatakan ‘orang Azmin’ terlepas dari sebarang tindakan disiplin.
“Yang lebih penting adalah kita semua menyambut saranan Menteri Besar untuk menghentikan segala politiking kepartian sempit sebaliknya fokus kepada kerja membangunkan Selangor,” ujarnya.
Tambah Jestin, rakyat sudah mual dengan segala isu sensasi politik yang sebenarnya tidak memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat. Lebih-lebih lagi apabila isu itu cuba dicetuskan oleh seorang ahli politik yang bukan Ahli Dewan Negeri dan juga bukan Ahli Parlimen yang dipilih rakyat.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Biarkan mereka bersilat sama sendiri asalkan yidak mengaitkan UMNO sebagai punca dan sebeb mereka berbalah sudah ler....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping