Kalau terlebih minum kopi pun boleh klimaks awal jugak!!! |
Bagi la alasan macam mana sekali pun, tapi ianya masih tidak dapat menjawab persoalan dikalangan rakyat. Kenapa perlu dibuat tergesa - gesa? Itu persoalan yang diajukan oleh rakyat.
Sewajarnya pihak Kerajaan perlu mengambil sikap yang lebih terbuka dalam mendengar persoalan yang diajukan oleh rakyat. Bukannya memberikan alasan yang bukan - bukan.
"Harga petrol RON95 mungkin tiga sen lebih murah bermula 1 Dis". "Apungan terkawal bahan api kurangkan penyeludupan". Itu diantara jawapan yang diberikan.
Malah Perdana Menteri sendiri menyatakan bahawa, "Pengapungan terkawal beri faedah kepada rakyat". Tapi, soalnya kenapa nak hapuskannya secara total dengan begitu pantas?
Jika sebelum ini, pihak Kerajaan kata diorang nak 'MERASIONALISASIKAN SUBSIDI'. Jadi, dimana letaknya Rasionalisasi tu? Atau adakah ianya hanya sekadar indah khabar dari rupa?
Ke mana hilangnya slogan "RAKYAT DIDAHULUKAN"? Itu persoalan pokok yang perlu dijelaskan oleh pihak Kerajaan bila mereka ambik tindakan yang tak populis ni.
Semua tu perlu difikirkan terlebih dahulu sebelum pihak Kerajaan nak ambik sebarang tindakan. Perlu di-RASIONAL-kan setiap keputusan dasar Kerajaan agar dapat dijelaskan kepada rakyat.
Rakyat hari ini dah cukup bijak. Dah terbuka untuk menerima sebarang maklumat. Rakyat Malaysia hari ini mampu untuk menilai sendiri apa yang dilakukan oleh pemimpin - pemimpin atasan.
Dalam erti kata lainnya, rakyat Malaysia hari ni dah cukup bijak. Diorang bukannya BODOH macam sesetengah Pencacai Pakatan Haramjadah yang terima apa saja yang disuapkan oleh pemimpin mereka.
Seperti apa yang disebut oleh Tun Mahathir semalam. Nak hapuskan subsidi tu bukan tak boleh. Tapi biar la ianya dilakukan secara berperingkat - peringkat agar rakyat dapat membiasakan diri.
“Saya ingat kalau subsidi sekarang ini berkurangan bukan mana pun sebab harga minyak murah. Apabila harga minyak murah, tidak perlulah banyak subsidi.
“Jadi kalau kita nak kurangkan subsidi boleh lah tapi buat secara beransur-ansur, sedikit demi sedikit." - seterusnya...
Jadi kesimpulannya, pihak Kerajaan ni kalau nak ambik sebarang keputusan pun, jangan la terlalu ikut nafsu. Fikir dulu jangka masa panjang. Tapi, kalau itu pun diorang tak mampu lakukan, baik diorang letak jawatan je!!! Jangan menyusahkan orang lain!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.