Isnin, November 17, 2014

Pesan orang tua - tua. Terlajak kata buruk padahnya. Tapi, apa boleh buat. Nasi dah jadi bubur. Biar pun ianya boleh dianggap selesai, namun penjelasan lanjut perlu dilakukan.

Jika semalam, Si Awang Selamat tu tulis dalam ruangan pojoknya kata - kata yang sangat 'kontradik' dengan apa yang dinukilkan seminggu yang lalu didalam ruangan pojok yang sama.

Minggu lepas, Si Awang Selamat tu membuat tuduhan kononnya Menteri Besar Pahang MARAH dengan laporan yang dibuat mengenai pendatang warga asing di Cameron Highland.
"Sesiapa yang mendokong kuat integriti, tidak akan melatah dan emosional terhadap pendedahan media. Sebab itu Awang hairan mengapa Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob mahu menghina dan memperlekehkan Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia berhubung isu Cameron Highlands.

Beliau ternyata marah dengan laporan khas Utusan tentang kebanjiran 30,000 warga asing terutama Bangladesh di daerah tersebut."
Jika dibaca dalam artikel yang dibuat oleh Si Awang Selamat tu menunjukkan seolah - olah MB Pahang ni bukan jenis pemimpin yang boleh ditegur, termasuk dari kalangan pihak media.

Hakikatnya, isu itu yang menjadi persoalan kerana TIDAK BENAR seperti mana yang dilaporkan oleh Si Awang Selamat yang menyebabkan ramai pihak mempertikaikannya.

Maka atas dasar KEBENARAN berhubung tuduhan MB Pahang 'Marah', membuatkan beberapa blog di Pahang menyiarkan semula video berdurasi 6:22 minit sesi sidang media tersebut.

Kandungan video itu hanya menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh Si Awang Selamat yang melabelkan MB Pahang 'Marah' pihak media sedangkan terang - terangan ianya dihargai.

Isunya bukan mengenai pendedahan pihak media. Isunya berkaitan dengan tuduhan yang dilemparkan oleh Awang Selamat yang dilihat hanya menyerang peribadi MB Pahang tanpa usul periksa.

Perlu ditegaskan! Blog ini bukannya nak menafikan isu pendatang warga asing serta pencerobohan tanah di Cameron Highland. Jauh sekali nak mempertahankan individu bernama Adnan Yaakob.

Tetapi blog ini bertindak mempertahankan KEBENARAN. Dan kebenarannya, MB Pahang mengalu - alukan laporan yang dibuat oleh pihak media dan menghargai tindakan mereka.

Perkara itu turut disebut dengan jelas bahawa MB Pahang menghargai pihak media yang telah menjalankan tanggungjawab sosial mereka agar dapat dilakukan penambahbaikkan oleh pihak Kerajaan.

Kesimpulannya, Si Awang Selamat tu didakwa sengaja memanipulasikan isu berkaitan dengan pendatang warga asing di Cameron Highland untuk menyerang MB Pahang dengan tuduhan kononnya beliau tidak boleh ditegur. Isu itu yang dipertikaikan!!!
Categories:

10 ulasan:

  1. sudah tiba masa untuk MB angkuh berundur.

    BalasPadam
  2. MB Pahang nie terlebih emosi bila dikritik....itu tak leh admin nafikan...
    nak sokong pun biarlah tidak membawa rebah....
    Rakyat sentiasa memerhati dan menilai ,,,

    BalasPadam
  3. Blok jilat MB bontot aka Adnan..
    bodoh woii melatah tu satu hal
    yg penting sekali Cameron tu dlm Pahang.. MB tido ke atau MB sama2 makan rasuah.
    Bila Utusan sentuh sikit apehal MB bontot tu nak melatah?
    dia maksum ke?
    Kalau dia buat keje betul dan tak makan rasuah takkan dia nk biat Cameron Hgland rosak teruk?
    atau dia pun dapat habuan sama? jd MB bahlol bodoh tapi samseng mcm tu sama je mcm LGE di Penang.. pantang tegur... tp bodoh

    Blog ko pun dpt bape habuan utk jilat Mb Pahang ngok tu?

    BalasPadam
  4. bodoh punye blog
    ada ke tunjuk video press conference 6 minit...
    ada ke orang buat press conference 6 minit..
    paling cepat orang buat PC pun 30 min laaaa....
    kalau berani tunjuk la video dari mula sampai habis..
    mana adnan sempit berani....
    akhirnya adnan sempit kena sekolah dengan awang selamat
    sampai jadi bisu... lidah kelu tak terkata
    hanya kuli-kuli nya sahaja bersuara tapi tuan punye badan
    tahu apa maksud sebenar awang selamat.. diam umpama terkena K.O

    tahniah awang selamat...
    bila suara keramat bersuara maka akan terbit lah rasa gerun dan gentar
    si petualang..

    BalasPadam
  5. Betul. Saya sokong.
    Jika blog ini kata dia hanya mahukan kebenaran maka saya mahu penulis blog ini siarkan press conference yg penuh.
    Kalau tidak boleh siarkan tolong jangan guna perkataan 'kebenaran' dalam blog ini.

    BalasPadam
  6. Video penuh berdurasi 45 minit. Walaubagaimana pun ianya tidak akan disiarkan pada waktu ini kerana perlu dijadikan bahan bukti di mahkmah. Sekian, dimaklumkan.

    BalasPadam
  7. makna nya bukan utusan yang menipu tapi adnan
    atau blog ini yang menipu la..

    saya cabar saman utusan...
    semua orang tahu bahawa utusan ni dah lali kena saman
    berpuluh tahun dah dia kena saman
    beratus juta dah jumlah dia kena saman
    dia tak kisah pun
    kalau nak tahu utusan ni resam dia jangan kena kan dia
    bila dia kena maka lagi kuat semangat dia
    lagi kental dia..
    bak kata awang selamat pasal saman "alah bisa tegal biasa"

    saya cabar adnan supaya saman

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita tengok la siapa yang bercakap benar dan siapa yang menipu nanti. Tunggu je. Jangan lepas ni meroyan buat tuduhan yang bukan - bukan sudah la ye. Sekian, terima kasih.

      Padam
  8. Dah la menjliat, lepas tu nak letak ayat tak mempertahankan adnan sempit....eh yaakob. Banyak ke shahaniza bayar kauorang? portal pro kerajaan lagi power dan jauh dikenali dari blog sampah ni pun tak mau cover adnan ni. http://mynewshub.cc/2014/11/09/biasalah-paper-nak-bangkrap/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh? Bukan artikel tu diorang kutip dari Sakmongkol AK47 ke? Bukan ke Sakmongkol tu Ahli Parlimen DAPigs? Kenapa blog Pro Kerajaan ambik artikel dari Ahli Parlimen Pembangkang?

      Dan satu lagi. Bukan betul ke Utusan nak bangkrap sampai tahap elaun minyak, elaun perubatan, elaun Overtime semua kena potong? Bukan ke dalam mesyuarat MT UMNO baru - baru ni ada buat keputusan nak bantu Utusan? Sepatutnya CISCO tu nak labur dalam UMNO Online. Tapi disebabkan Utusan dah nazak, CISCO tu diberikan kepada mereka. Tak betul ke?

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping