Rabu, November 19, 2014

Nampak gayanya kemelut yang melanda puak - puak Parti Khianati Rakyat tu terus berpanjangan apabila Si Chagubard ni buat keputusan membogelkan Kartel Azmin.

Kali ini, ianya melibatkan Surat Akuan Sumpah yang pernah ditandatangani oleh beberapa orang wakil rakyat Selangor sebagai tanda sokongan kepada Si Wan Azizah sebelum ini.

Surat akuan bersumpah itu termasuk dari kalangan Naib Presiden PKR, Xavier Jayakumar yang didakwa telah menarik balik sokongan sebelum perlantikan Azmin sebagai MB dilakukan.
"Saya akan menyerahkan dokumen asal kepada parti dan mahu melihat PKR ini benar-benar mengamalkan 'rule of law' atau mempunyai dua set undang-undang yang berbeza. 
Orang biasa macam 'Chegu Bard' bising, digantung keahliannya. Ahli biasa, dipecat tetapi kelompok tertentu kamu pelihara walaupun membuat kesalahan. Ini merupakan pelanggaran arahan parti yang diputuskan oleh Biro Politik dan mesyuarat MPP." jelas beliau.
Atas dasar itu, Si Chagubard ni mencabar kepimpinan PKR agar mengambil tindakan supaya memecat Xavier dari memegang jawatan sebagai Naib Presiden parti tersebut.

Jelas Si Chagubard, sekiranya tindakan tersebut tidak diambil, maka itu membuktikan bahawa PKR tidak mengamalkan satu 'set of law'. Sebaliknya bersikap Dwi-Standard terhadap ahli.
"Kamu pecat Tan Sri Khalid kerana tidak ikut arahan parti. Namun akhirnya keluar surat ini dan Xavier memberitahu kepada umum bahawa beliau telah membuat laporan polis. Setelah carian dibuat menggunakan pengenalan nama Xavier, kita tidak menjumpai laporan polis berkenaan. 
"Persoalannya, dimana laporan polis dibuat? Saya tidak pasti (SD) ini betul atau tidak namun masih belum ada penafian konkrit daripada Xavier. 
Jika surat ini benar maka Xavier juga perlu dipecat termasuk 4 (pemimpin PKR) yang lain. Jika parti tidak membuat pendirian ataupun sekiranya SD ini palsu maka beritahu kepada pemberita bahawa surat yang saya dedahkan ini adalah palsu seterusnya saya akan menyerah kalah. 
"Jika diam, maka apa yang berlaku apabila Xavier dilantik sebagai Naib Presiden parti adalah sebagai 'bayaran' kepada dia setelah 'kawtim' isu ini." tegas beliau. 
Sebelum ini, Si Chagubard tu juga turut memaklumkan bahawa dia telah menerima beberapa kiriman email mengenai usaha Azmin dalam melobi diri sendiri sebagai MB Selangor.

Tindakan tersebut disifatkan oleh Si Chagubard sebagai satu tindakan yang tidak memperlihatkan kesetiaan dan dianggap satu pengkhianatan terhadap PKR secara terbuka.

Apa yang dilakukan oleh Si Azmin tu jelas membuktikan bahawa wujudnya usaha untuk memburukkan institusi Raja - Raja Melayu sedangkan dalang disebalik perkara itu terus disembunyikan.

Jadi, usah la Si Azmin tu nak tunjuk yang dia bagus sangat depan orang ramai sampai sanggup berlakon terjun longkang untuk bersihkan parit dan sebagainya. Yang sepatutnya dia bersihkan ialah Perangai Hodohnya sendiri!!! Jangan berpura - pura tak tentu arah!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping