Jika sebelum ini, ada pihak mula mempertikaikan peranan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara yang didakwa 'Untouchable' yang paling lemah menguruskan akaun. (KLIK SINI)
Mungkin ada pihak yang salah anggap. Tapi itulah hakikatnya. Isu yang berkaitan dengan dana peruntukan mendalamkan Sungai Bertam yang diluluskan sebanyak RM 40juta sebelum ini masih terperam.
Sehingga hari ini, dana yang diluluskan sendiri oleh YAB Perdana Menteri tahun lepas. Setakat hari ini baru keluar sebanyak RM 2juta untuk melantik konsultan dan buat design.
Perkara itu juga turut dibangkitkan oleh KDYMM Tuanku Sultan Pahang sewaktu mengadakan lawatannya ke Cameron Highland bersama - sama MB Pahang dan barisan Exco Kerajaan Negeri.
Tuanku turut bertitah meminta supaya pihak Kerajaan Persekutuan mempercepatkan proses melantik kontraktor dan menyegerakan projek yang telah diumumkan sebelum ini.
"Kerajaan Persekutuan mesti bekerjasama dalam hal ini bersama dengan Kerajaan Negeri kerana akhirnya yang akan dipersalahkan ialah Kerajaan Negeri," titah baginda.
Menurut sumber, Bajet sebanyak RM 40juta itu dikawal sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan dan dikeluarkan mengikut perkembangan semasa. Kontrak akan dibuat secara terbuka.
Selain itu KDYMM Tuanku turut bertitah agar proses pemindahan penduduk yang tinggal di Sungai Bertam dari kawasan yang berisiko ke tempat yang selamat dibuat dengan segera.
Berkaitan dengan isu pencerobohan tanah haram pula, Tuanku menegaskan bahawa tiada sesiapa yang boleh melebihi undang - undang dan tindakan tetap akan diambil.
"Sekiranya ada dakwaan mengenai 'surat kuning', tolong sahkan dengan Kerajaan Negeri atau boleh berjumpa terus.
"Cameron Highland is a beautiful place, jangan ada sesiapa yang nak merosakkan keindahannya. I love my people," titah Tuanku sewaktu bertemu dengan pihak media selepas melawat kawasan yang mengalami banjir hari ini.
Kesimpulannya, KSP yang duduk di Putrajaya tu jangan ambik ringan pandangan yang telah diberikan oleh Tuanku Sultan Pahang ni. Jangan buat kerja sambil lewa. Penyudahnya nanti, orang lain jugak yang dipersalahkan!!! - Artikel seterusnya...
tak gasak utusan lagi
BalasPadamPecat dia ...
BalasPadamSorry to say KSP semenjak dua tiga tahun berlalu sangat sibut cari glamour mengalahkan orang politik dan Menteri. Bukan apa, geng mamak tengah berkomplot untuk control pentadbiran. Mungkin KSP berangan nak ikut jejak mamak TS Nor Mohamad kot. Dei.....udah2 lah nak berpolitik.
BalasPadamTuanku murka?????????????? Kah Kah Kah
BalasPadamAdnan terus bergayut di seluar tuanku.... Kesian aku kat rakyat pahang sebab dapat MB macam Adnan...
BalasPadamPahang negeri yg besar... tanah nya banyak dan subur sampai P.Ramlee pun nyanyi
" Negeri Pahang aman sentosa
Kaya dengan tumbuh-tumbuhan"
Tapi pahang masih ketinggalan dari segi kemajuan dan pembangunan. Ini ranking negeri yg maju dari kaca mata AKU..
1. Kuala Lumpur
2. Selangor
3. Johor
4. Melaka
5. Sarawak
6. Penang
7. Sabah
8. Negeri Sembilan
9. Terengganu
10. Kedah
11. Pahang
12. Kelantan
13. Perlis
Nah... Itu yg aku nampak sendiri kemajuan di setiap negeri dari segi pembangunan... Korang bole nilai sendiri la ikut kriteria korang dan aku tetap percaya pahang takkan masuk dalam top 5.. Apa yang adnan buat lama-lama sebagai MB kalau tahap kemajuan macam tu juga.. pelabuhan ada tapi hidup segan mati tak mau... Negeri harap je besar gadang tapi pertanian tak de... harap kat cameron je.. Harap kayu balak je laa.... nasib baik la ada petronas sikit kat Gebeng.. nak tarik pelabur tak reti... harap Pusat dgn Najib je... apa lagiiiiii....
Tapi Adnan boleh jadi contoh utk MB MB lain belajar macamane nak maintain lama jadi MB walaupun negeri tak maju-maju...