Kadang-kadang kesian juga pada Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Apa yang mereka buat serba tak kena di mata orang luar. Dari zaman Che Ta belum berkahwin dengan Zain, sampai dah ada anak tetap juga pasangan ini dicari kesalahannya.
Terbaru, malam tadi terdapat segelintir pengikut di Instagram yang menulis komen seolah-olah Che Ta dan Zain tidak pandai menjaga anak mereka yang baru lahir, Aaisyah Dhia Rana.
Semuanya terjadi selepas Zain memuat naik sekeping foto sedang menyusukan Aaisyah sebaik pulang dari bersenam di gym. Disebabkan gambar itu, mulalah keyboard warriors melemparkan kata-kata kurang manis.
Korang ni pun, dah tentulah Che Ta tahu apa yang terbaik untuk anak dia. Lagipun ini bukan anak pertama, Che Ta kan dah berpengalaman menjadi ibu. Cuma mungkin Zain agak kekok menjaga baby, tapi bagilah dia masa untuk belajar.
Apa kata kita doakan je yang terbaik untuk keluarga pasangan ni? Bila kita doa yang baik-baik untuk orang, mesti akan ada benda positif yang terjadi kat kita nanti. Selebihnya, korang fikir sendiri je la!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.