Alang - alang kita cerita pasal beberapa gelagat Menteri yang sejak kebelakangan ni serupa macam Haramjadah, ni sorang lagi Pak Menteri yang termasuk dalam kategori sedemikian.
Kita tau la yang anak Pak Menteri ni dok sibuk bercinta dengan artis. Tapi, apa ke 'Cerdik' sangat yang Pak Menteri ni nak keluarkan kenyataan buruk terhadap Negeri Sabah?
Sebagai seorang Menteri, adakah wajar bagi dia untuk memberikan komen yang sebarangan? Boleh ke dia dengan sewenang - wenangnya buat dakwaan yang bukan - bukan?
Mungkin Pak Menteri tu terlupa. Kedudukan dia sebagai seorang Menteri, tak kira la Menteri apa sekali pun, BUKAN tiket untuk menghalalkan dia bercakap sesuka hati dia.
Nak pulak soal isu keselamatan yang lansung tak de kaitan dengan dia. Lagi la dia tak layak nak bercakap mengenainya. Kalau dulu, dia duduk berselindung sebalik Parlimen boleh la.
Sepatutnya, sebagai seorang Menteri Pelencongan, dia perlu lebih bertanggungjawab memperbanyakkan lagi kedatangan Pelancong ke Sabah serta memulihkan reputasi Negeri tersebut.
Tapi sebaliknya, Si Pak Menteri ni lebih suka keluarkan kenyataan yang bukan sahaja merugikan sektor Pelancongan Sabah, malah ianya akan merugikan Barisan Nasional secara menyeluruh.
Pak Menteri tu lupa ke yang Sabah ni merupakan diantara 'Fix Deposit' Barisan Nasional? Dia lupa ke bahawa kedudukan dia hari ini banyak ditentukan oleh undi dari Negeri Sabah?
Waima kalau betul sekali pun apa yang dia kata berdasarkan kepada beberapa senario semasa, adakah ianya memberikan dia kebebasan untuk mendakwa Negeri Sabah ni tak selamat?
Adakah Pak Menteri sedar bahawa, bukan setakat penduduk di Negeri Sabah itu sahaja yang berasa hati dengan kenyataan yang telah dibuat. Malah mereka yang ada di Kuala Lumpur pun kecewa.
Diorang sendiri meluahkan rasa 'kurang senang' dengan kenyataan yang dibuat. Ianya memberi gambaran bahawa 'Seluruh Sabah' kini berada dalam keadaan yang 'Tidak Selamat'.
Walhal, yang melibatkan beberapa insiden sejak kebelakangan ini hanya dibahagian Timur Sabah. Kawasan lain tidak pulak mengalami masalah sedemikian. Terutama dibahagian Barat.
Hakikatnya, Pak Menteri tu kena ingat. Rakyat di Sabah ni kebanyakkannya masih bergantung kepada industri Perlancongan yang banyak mendatangkan sumber ekonomi buat mereka.
Jadi, jangan la Pak Menteri nak buat kenyataan yang bukan - bukan. Lain kali, kalau nak bercakap tu, pandang la kiri kanan dulu. Takut nanti, ada jugak yang menyesal dikemudian hari. Kot kalau itu pun Pak Menteri tak faham, baik suruh dia letak jawatan!!!
Bila kita sebagai penyokong UMNO/BN/Kerajaan berkata bahawa UMNO is not perfect.....kita bermaksudkan orang2 macam Menteri ni lah yang mencelar nama baik menteri2 lain yang menjalankan tugas dengan sebaik yang boleh.
BalasPadamHairan kenapa Pak Menteri sekarang nampak tidak berapa cerdik.Mungkin dunia dah akhir zaman kot.
BalasPadammenteri pelencongan .... hahaha ... :-P
BalasPadamBanyak makan duit tak berkat...
BalasPadamBanyak makan duit tak berkat...
BalasPadam