Kiranya Si Guan Eng ni tak puas hati jugak dengan jawapan yang sudah diberikan. Bagi dia, Si Hadi Awang tu tetap WAJIB HADIR mesyuarat biar pun diangkat dengan strecher sekali pun!!!
Biar pun sakit atau uzur sekalipun, DAP tetap mengkritik dan mengambil kesempatan memperlekeh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam desakan parti itu padanya untuk hadir di setiap Mesyuarat Kepimpinan Pakatan Rakyat.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataan terbarunya mendakwa Abdul Hadi memegang kuasa veto di dalam PAS dan diberi kuasa oleh parti itu untuk membuat keputusan pasti secara individu berseorangan.
Justeru itu katanya, Abdul Hadi diwajibkan hadir pada setiap mesyuarat tersebut bagi memutuskan keputusan dan pendirian PAS dalam setiap mesyuarat tersebut.
"Ini satu permintaan yang munasabah kerana hanya Abdul Hadi memegang kuasa penuh dalam PAS untuk membuat keputusan dan beliau menikmati kuasa veto penuh itu termasuk ke atas Jawatankuasa Pusat PAS.
"Maka kehadiran Abdul Hadi dalam mesyuarat satu kemestian untuk untuk Pakatan Rakyat berfungsi bersama sebagai satu gabungan serta memastikan kepaduan dasar dan perpaduan," kata Guan Eng, tetap mendesak Presiden PAS itu, semalam.
Minggu lalu, Abdul Hadi didesak secara terbuka dan dihentam Ketua Menteri Pulau Pinang itu atas dakwaan "sering ponteng" dari menghadiri mesyuarat pimpinan tertinggi gabungan parti pembangkang itu.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kemudiannya menjelaskan bahawa Abdul Hadi tidak hadir ke mesyuarat tersebut disebabkan kesihatannya yang kurang mengizinkan beliau untuk hadir.
Presiden PAS itu pula mengaku kesihatannya agak kurang baik dan memerlukan sedikit rehat berbanding aktif seperti biasa sejak dimasukkan ke wad hospital di Turki beberapa bulan lalu.
Meskipun memberi alasan kukuh untuk tidak hadir, Guan Eng seolah tetap enggan menerima alasan yang diberikan dan bertegas mahu Abdul Hadi hadir ke mesyuarat.
Guan Eng turut meluahkan rasa geramnya terhadap beberapa pemimpin PAS yang mendakwa dia lebih kerap "ponteng" mesyuarat berbanding Abdul Hadi.
Setiausaha Agung DAP itu mendakwa tuduhan tersebut tidak benar sama sekali dan mendakwa dia lebih kerap hadir ke mesyuarat kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat berbanding Presiden PAS. - UtaraNews
jelas siapa perlukan siapa untuk survival PR...DAP perlukan PAS untuk survive, dan PAS tidak perlukan DAP, PKR lansung tak perlu sebab itu party kencing rakyat...menipu sepanjang zaman..langkah kajang adalah rahmat yang mencerminkan apa matlamat dan arah mana tuju PKR...anak beranak nak berkuasa.itu matlamat PKR...sekarang PKR dah ada sedara sebantal memegang jawatan MB Selangor..so dah menang separuh dari matlamat keluarga si penipu..MB tu kan ke ada pertalian dengan keluarga kepala penipu...sebab nya kena lah ulang tayang kes kes dulu dulu semasa kepala penipu duk mabuk betina..
BalasPadamAku cukup tak faham kenapa PAS-piss-pusssy ni sanggup jadi KELDAI DAPpigs dan p"gay'R....cukup aku tak faham.....
BalasPadamSaya ni orang Umno..ada nasihat sikit kat orang pas pasal saya masih anggap korang sedara islam saya..lge mati2 nk hj hadi hadir mesyuarat pr sebab dia nk jerat presiden korang..sebelum ni ape keputusan yg pr bt x ajak bincang pn knape kali ni yeye sangat..pikir2 kn..itupun klu korang nk pikir la..asalam
BalasPadam