Sabtu, November 15, 2014

Orang yang selalu Tunduk kepada Si KeTUM tu mana ada otak!!!
Semuanya PANDIR belaka!!!
Gegak gempita media sosial kerana kenyataan Ketua Pengarah JPJ berikutan operasi penguatkuasaan spesifikasi saiz plate kenderaan adalah bagi mengurangkan kemalangan jalanraya. Persoalannya, betul kah itu maksud sebenar kenyataan tersebut?

Tidak ketinggalan menyertai ‘sarkis’ ini adalah Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang diketuai Che’ Gu Bard. JPJ dituduh sengaja mencari jalan sebagai ‘agen’ bagi menambah dana kerajaan.

Untuk Pengetahuan Che’ Gu Bard, Apabila sesuatu penguatkuasaan dijalankan, segenap aspek keselamatan perlu diambil kira. Mengambil contoh nombor plate yang tidak mengikut spesifikasi. 

Tanya diri sendiri, apakah perkara pertama yang akan dilakukan apabila berlaku kemalangan? Tengok nombor plate bukan? Kenapa? Dan Mengapa? Che’ Gu Bard sebagai seorang yang dikatakan cerdik pandai, mustahil tak tahu perkara ini.

Agaknya, apabila berlaku kejadian kemalangan langgar dan lari, kemungkinan besar Che’ Gu Bard hanya melihat ‘cermin sisi’ kenderaan terbabit sahaja bukan nombor plate yang dicari. 

Bagi orang normal, kebiasaannya nombor plate lah yang dicari terlebih dahulu. Jika ianya tidak mengikut spesifikasi dan menyukarkan pandangan dari jauh, bagaimana penguatkuasa dapat menjalankan tugas? 

Apabila penguatkuasaan tidak dapat dijalankan, kerajaan dikatakan mengamalkan rasuah dan apabila penguatkuasaan dijalankan, kerajaan dituduh pula cuba mengaut keuntungan dari jumlah saman? Apa yang Che’ Gu Bard mahu sebenarnya?

Tuduhan mengatakan tindakan JPJ adalah kerana menurut arahan kerajaan untuk mengumpul dana, adalah sesuatu (tindakan) yang berniat jahat. 

Mengapa Che’ Gu Bard tidak mempersoalkan tindakan kerajaan negeri Selangor sengaja menaikkan caj lesen perniagaan sehingga 400%? Cukai pintu dinaikkan 120%? Sewa rumah pangsa PPR naik 100%? 

Surcaj air Pulau Pinang naik 100% dan tarif juga dinaikkan? Kelantan menaikkan tarif air sehingga 30% sedangkan kualiti air begitu rendah? 

Tidakkah tindakan kerajaan negeri-negeri Pakatan Rakyat membebankan rakyat? Bukankah itu satu tindakan untuk mengumpul dana kerajaan negeri. Kenapa Che’ Gu Bard membisu? Mengapa Che’ Gu Bard hanya berani mengkritik JPJ!!! - Sumber

PS: Tu hari dia sibuk nak membogelkan 'Kartel Azmin'. Sekarang ni, senyap pulak!!! Takut Azmin pun tak kenal ke dia gamaknya!!! Hehehe...
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping