Hehehe!!! Kesian sungguh tengok Si Khalid Samad ni. Meroyan dia tak tentu arah. Macam mana la orang tak menyampah dengan dia. Tu pasal la dia ditolak oleh budak - budak PAS di Penang.
Jika sebelum ini kita dah dengar bantahan dari kalangan Pemuda PAS Pulau Pinang yang bertindak memboikot satu program yang dianjurkan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri. (Klik Sini)
Alasan yang diberikan adalah kerana Si Khalid Samad tu dipanggil untuk menjadi panel bagi membahaskan ucapan dasar Presiden parti. Bagi mereka, Si Khalid Samad tu tidak layak.
Biarpun Si Khalid Samad tu seorang Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, namun segelintir anak muda PAS diperingkat akar umbi sendiri tidak mengiktiraf kepimpinan dia secara terang - terang.
Ada jugak dikalangan mereka menganggap Si Khalid Samad tu sebagai seorang pemimpin yang mempunyai pandangan Liberalis dan Pro Anwarinas. Maka sebab itu mereka anggap dia tidak berkelayakan.
Mungkin atas sebab itu Si Khalid Samad tu mula hilang akal dan keluarkan cabaran untuk diadakan debat tertertutup dengan puak - puak yang selama ini mengelarkan dia sebagai Liberalis.
Dalam satu kenyataan yang dibuat melalui blog miliknya, Si Khalid Samad tu katanya telah mengeluarkan cabaran terhadap golongan yang bergelar Pro Ulama agar diadakan debat tersebut.
"Untuk mengatasi masalah adu-domba melalui amalan label-melabel ini, saya di sini mengesyorkan supaya diadakan satu forum/debat tertutup di antara golongan yang digelar ‘profesional, erdogan, anwarinas’ dan sebagainya dengan golongan yang kononnya menggelarkan diri mereka sebagai penyokong ulama’ tersebut.
Mari kita bertemu di medan perbahasan ilmiah dan tidak lagi di medan FB dan Blog. Biar hujjah kedua-dua pihak diuji kesahihan dan keabsahannya dimedan perbahasan secara bersemuka supaya dengan itu akan berakhir segala amalan tuduh menuduh yang merosakkan jemaah," tulisnya didalam blog.
Ada sesetengah pihak menganggap cabaran Si Khalid Samad tu sebagai satu tindakan yang terlalu 'Emosional' dan menunjukkan sifat tidak matang dia sebagai seorang pemimpin.
Sepatutnya, Si Khalid Samad tu perlu lebih terbuka dalam menerima sebarang teguran serta dakwaan yang dilemparkan oleh ahli diperingkat akar umbi. Bukannya dia melatah tak tentu arah macam orang dah hilang akal!!! Kot ye pun dia bengkak, jangan la memalukan diri sendiri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.