Teringat pulak insiden bila Tun Dr. Mahathir mengeluarkan satu artikel melalui laman blognya bertajuk "MENEGUR". Tajuk itu juga turut dijadikan satu isu yang cukup besar.
Pada ketika itu, ramai pemimpin - pemimpin UMNO yang dilihat melatah dan tergeliat apabila membaca sepenuhnya isi kandungan artikel tersebut dan mendakwa tajuknya tidak sesuai.
Kecaman demi kecaman turut diberikan terhadap Tun Dr. Mahathir yang menegur pihak Kerajaan terhadap beberapa dasar yang dilaksanakan. Termasuk pemansuhan akta Hasutan.
Pandangan serta kecaman yang diberikan oleh pemimpin UMNO yang tergeliat pada ketika itu mendapat liputan meluas dalam media. Seolah - olah mereka menghalalkan kecaman yang dibuat.
Ada yang siap bagi amaran, mendesak agar semua pihak termasuk bekas - bekas pemimpin Negara (termasuk Tun) menghormati keputusan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan yang terkini.
Tak kurang jugak pandangan yang diberikan secara tidak formal melalui laman media sosial yang didakwa sudah 'Tidak Relevan' dan 'Zaman Tun Sudah Berlalu'. Ada juga yang lebih biadap dari itu.
Masing - masing 'menghenjut' Tun Mahathir kerana didakwa tidak rasional dan terlalu memperbesar - besarkan satu - satu isu. Dan perkara sedemikian tidak wajar dilakukan.
Soalnya, adakah Tun tidak mempunyai Hak untuk menegur jika dia melihat sesuatu perkara itu agak 'canggung' dan tidak sesuai dilaksanakan? Adakah salah apa yang Tun tegur tu?
Jika apa yang dinyatakan oleh Tun didalam laman blog beliau itu tidak betul, kenapa hari ini semakin ramai pihak yang membantah dasar yang diputuskan oleh pihak Kerajaan?
Malah, muktahir ini kita lihat anggota UMNO yang terdiri dari sayap parti, termasuk Wanita dan MUBARAK pun membantah keputusan dasar Kerajaan untuk hapuskan Akta Hasutan.
Maka kesimpulannya, apa yang ditegur oleh Tun itu ada betulnya. Namun bagi sesetengah pihak, istilah 'Menegur' tu yang tak kena pada tempat. Atas sebab itu Tun diserang bertubi - tubi melalui kenyataan - kenyataan yang dikeluarkan dalam media!!!
PS: Rasanya, kali ini pun Tun akan tetap diserang sebab keluarkan artikel mengenai BR1M. Ramai yang dijangka akan melatah nanti. Tak percaya, tunggu je la!!! - baca seterusnya...
Kalau pasal BR1M aku memang tak sokong Tun,walau pun aku tak layak dapat BR1M,tapi langkah Najib beri BR1M aku sokong,bukan saja utk membantu tapi juga utk menggalakan pertumbuhan ekonomi melalui perbelanjaan domistik ianya lebih baik dari langkah Tun memberi projek mega pada kroni utk tujuan yg sama.Tun tak suka Najib beri BR1M,kerana kroni yg dulunya dapat projek mega bisik pada Tun mereka dah tak ada projek.Aku banyak points nak counter Tun dalam soal ini dari sudut ekonomi dan sosial.Janganlah terima bulat-bulat kritikan Tun ni,sebab dia pun maknusia biasa,dan banyak juga kelemahan masa pemerentahan dia dulu.Lagi pun apa yg terjadi sekarang hasil dari kerja dia yg dulu juga lah,macam air sungai kalau di hulunya keruh di hilirnya pun keruhlah.
BalasPadam