Isnin, November 17, 2014

Heh!!! Geleng kepala kita dibuatnya bila membaca kenyataan yang dibuat. Macam dah tak de isu lain yang lebih penting yang nak dibangkitkan dalam Perhimpunan Pemuda?

Jika semalam, Ketua Pemuda UMNO Malaysia menjelaskan, isu berkaitan dengan Trangender ini akan membawa kes Mak Nyah ni dalam Perhimpunan Pemuda hujung bulan nanti.

Kata Ketua Pemuda UMNO, tindakan itu adalah untuk menyatakan pendirian Pemuda UMNO dalam isu tersebut yang dilihat membangkitkan kebimbangan dikalangan orang Melayu.
"Bahawasanya ada kebimbangan dalam kalangan orang Melayu... soal rayuan (keputusan mahkamah) itu kita serahkan kepada kerajaan Negeri Sembilan untuk melakukannya," katanya dalam sidang media hari ini.
Persoalannya, Pemuda UMNO dah ketandusan isu sangat ke sampai isu itu pulak yang nak dijadikan sebagai isu utama? Adakah isu itu "Terlalu Penting" sehingga perlu dijadikan bahan perbahasan?

Dari satu sudut, ada pihak melihat tindakan itu hanya sekadar membuang masa dan tidak menumpukan kepada isu yang sebenar. Bak kata orang, isu tu hanya isu sementara. Tak perlu dipanjang - panjangkan.

Sewajarnya Pemuda memberikan tumpuan kepada isu yang lebih besar bagi menangani isu tersebut. Isu yang sepatutnya Pemuda bangkitkan ialah mengenai 'Sahsiah Islamiah'.

Pengukuhan ke arah pendekatan rohani dan pemahaman terhadap Islam itu sendiri perlu dipertingkatkan dikalangan anak - anak muda Islam sama ada didalam UMNO atau pun bagi Non-Partisan.

Bagi diorang faham tentang Islam. Mantapkan jiwa mereka dengan Islam. Dan kemudian jelaskan kepada mereka kenapa Islam menolak perlakuan sedemikian. Itu tindakan yang sewajarnya dilakukan.

Dengan adanya pendekatan secara rohani terhadap pemahaman Islam, baru la Pemuda UMNO tu dilihat benar - benar mempertahankan kesucian Agama dan tidak hanya sekadar RETORIK semata - mata.

Kesimpulannya, Pemuda UMNO perlu membawa Usul Agama dan menggerakkan Pemuda ke arah pemantapan rohani Islamiah itu dalam Perhimpunan Agung kelak. Bukannya menumpukan kepada isu Mak Nyah yang hanya timbul ssekali sekala!!!

PS: Ramai lagi anak muda Melayu/Islam yang berada diluar sana tu yang tak faham tentang Islam. Jangan kata sembahyang, nak suruh baca surah Al-Fatihah pun ada yang tak reti!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping