Rabu, November 26, 2014

Wah!!! Kalau betul pihak akhbar tempatan berani ambik tindakan sedemikian, memang kira hebat la. Itu membuktikan yang mereka benar - benar komited dalam mencari penyelesaian.

Hakikatnya, pendedahan yang dibuat oleh akhbar tempatan mengenai isu di Tasik Chini tu memang satu tindakan yang wajar dilakukan. Ianya menunjukkan tanggungjawab sosial mereka terhadap rakyat.

Setidak - tidaknya, rakyat dapat menilai sendiri, sejauh mana kemampuan wakil rakyat yang telah dipilih dalam Pilihan Raya Umum yang lepas menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.

Pendedahan yang dilakukan oleh pihak akhbar tempatan itu seolah - olah mempamerkan bahawa Ahli Parlimen bagi kawasan Tasik Chini tu tak ambik tau lansung apa yang berlaku dikawasannya.

Mustahil sekiranya Ahli Parlimen itu boleh terlepas pandang, melainkan dia memang tak ambik berat tentang kawasan dibawah Parlimennya sendiri, betul tak? Itu persoalan yang dibangkitkan.

Maka, memang wajar sekiranya pihak akhbar tempatan tersebut mengambil inisiatif untuk menyerbu pejabat Ahli Parlimen kawasan Tasik Chini tu untuk mendapatkan penjelasan daripadanya.

Tindakan itu setidak - tidaknya membuktikan komitmen dan keazaman serta iltizam pihak akhbar tempatan tu untuk memperjuangkan isu dikawasan Tasik Chini yang Terancam tu sendiri.

Mereka perlu mendesak agar Ahli Parlimen dikawasan berkenaan ambil sikap bertanggungjawab dalam memantau dan melihat kawasannya sendiri. Jangan sekadar mengharapkan orang lain.

Bak kata seorang sahabat, "Kalau berlaku banjir di Kajang, orang UMNO salahkan ADUN Kajang. Jadi, apa salahnya jika orang salahkan Ahli Parlimen dikawasan Tasik Chini tu sendiri?" Selebihnya, korang fikir la sendiri!!!

PS: Kalau rasa Ahli Parlimen tu tak tau pasal kawasan dia sendiri atau tak nak jumpa dengan wartawan, suruh je dia letak jawatan!!! Amacam, ada berani tak???
Categories:

2 ulasan:

  1. Masa membetulkan kepincangan Melayu yang ghairah "berlagho" tanpa kesedaran untuk apa mereka di amanahkan !

    BalasPadam
  2. Tak payah la nak panggil ahli parlimen ke apa ke...
    tunggu je la muhyidin datang selesaikan... kesian muhiyidn
    kerajaan negeri bukan nye tau buat kerja
    surat kabar dedahkan kata ada dendam pulak...
    pejabat tanah dan majlis daerah semua bawah kuasa kerajaan negeri...
    bukan bawah kuasa ahli parlimen...
    bertindak laa... buat lawatan ke... operasi ke... bawak press sekali..
    nie bila sultan turun.. TPM turun.. baru la dia pegi.. kalau tak haram nak pergi
    positif la sikit...
    masa zaman khir toyo dulu 3 hari utusan keluar isu bukit cerakah di tarah
    pak lah naik heli tinjau kawasan tu..
    khir toyo ambil inisiatif bentang pelan pemulihan
    3 minggu lepas tu siap pergi melawat pejabat utusan lagi
    relax je dia... positif sangat walaupun teruk kena hentam masa tu
    tak de nak nafi-nafi... tak de nyorok belakang sultan..

    berhenti je la kalau tak reti buat kerja...
    kesian rakyat pahang... nasib korang laa..
    nasib baik aku bukan orang pahang

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping