Rabu, November 26, 2014

"Do or dead! Jangan letak kepentingan diri melebihi kepentingan parti." Itu kenyataan tegas yang disampaikan oleh Timbalan Presiden UMNO dalam ucapannya semalam.

Ucapan yang disampaikan itu memang cukup padat, ringkas dan tepat pada sasaran. Tapi sejauh mana ianya mampu dilaksanakan? Itu persoalan yang perlu dijelaskan secara keseluruhan.

Pemimpin mana yang sanggup melepaskan jawatannya demi menyahut seruan tersebut? Berapa ramai yang sanggup korbankan kedudukan masing - masing atas dasar perjuangan parti?

Ini persoalan - persoalan yang bermain difikiran rakyat. Bukan sahaja dikalangan puak - puak Pakatan Pembangkang. Tapi sebaliknya dikalangan ahli - ahli UMNO sendiri.

Apa yang diseru oleh Timbalan Presiden UMNO semalam jelas memerlukan satu komitmen yang tinggi termasuk dari dalam dirinya sendiri. Mampukah dia untuk melakukan perkara yang sama?

Soalan seperti itu bukan tidak pernah ditanya. Tapi jawapan yang biasa kita terima, "Saya bukan tak nak lepaskan jawatan. Tapi ahli yang nak saya kekal." Itu jawapan 'Cliche' yang biasa digunakan.

Isu mengenai pindaan Perlembagaan untuk memberikan lebih banyak ruang untuk orang muda, kita boleh terima. Tapi dari segi kepimpinan muda diperingkat Bahagian dan Pusat, macam mana pulak?

Jika kita lihat dalam UMNO hari ini, kita boleh tanya diri kita sendiri. Siapa yang Paling Lama pegang jawatan? Siapa yang boleh dianggap Senior dalam parti keramat itu sendiri?

Rasanya korang sendiri pun boleh jawab soalan tu. Cuba ianya ditanya kepada pemimpin - pemimpin UMNO. Sanggup tak lepas ni diorang tak bertanding dalam Pilihan Raya Umum?

Sanggup tak dalam pemilihan akan datang mereka memberikan laluan kepada generasi baru untuk mengambil alih kepimpinan diperingkat Bahagian dan diperingkat Pusat?

Untuk menentukan fakta itu, kita perlu tunggu sehingga Pilihan Raya Umum atau pun, sewaktu sesi pemilihan UMNO yang akan datang. Waktu tu, kita boleh tengok, siapa yang berani "Walk The Talk". Atau semuanya sekadar RETORIK semata - mata!!!

PS: Paling tidak, pasti akan ada yang akan kata, "Kalau tak de yang lama, pasti takkan ada yang baru." Balik - balik jawapan itu jugak la yang akan digunakan!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. TS Muhyiddin Mampu Walk the Talk kalau PM Najib Letak Jawatan...atau diNyahkan jawatan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping