Nampak gayanya serangan Utusan masih lagi tidak selesai. Seolah - olah mereka memang ada 'Personal Vandeta' tertentu terhadap apa yang telah didedahkan sebelum ini.
Tindakan cuba untuk mengenepikan 'Istilah' seperti yang disiarkan dalam akhbar itu hari ini seolah - olah satu cubaan untuk menafikan kesilapan yang telah mereka lakukan sebelum ini.
Hakikatnya, itu isu utama yang dibangkitkan oleh MB Pahang. Kenapa Utusan memilih perkataan 'DITAWAN' sedangkan implikasinya boleh disalah anggap oleh orang lain?
Maksud istilah "DITAWAN" itu sendiri merujuk kepada ancaman terhadap Kedaulatan Sultan Pahang serta keselamatan rakyat dan menggugat sektor - sektor lain di Cameron Highland sendiri.
Tapi istilah itu sekarang cuba hendak diketepikan oleh pihak akhbar tersebut agar rakyat tidak melihat isu yang cuba dijelakan oleh MB Pahang didalam sidang media tempoh hari.
Yang diorang tumpukan hari ini ialah mengenai isu di Cameron Highland itu sendiri. Isu itu memang sudah sekian lama dibangkitkan dan permasalahannya sudah lama diketengahkan.
Pelbagai pihak sudah pun bersuara mengenai isu tersebut. Ramai yang bercerita bab rasuah. Tapi, ada tak yang buat laporan dan aduan kepada pihak SPRM mengenai apa yang berlaku?
Semalam, kata Timbalan Ketua Persuruhjaya (Pencegahan) SPRM, diorang dah terima laporan sejak dari tahun lepas. Jadi, kenapa sampai hari ni diorang masih tak ambik tindakan?
Kenapa selepas TPM batuk, baru pihak SPRM tu nak terkencing dan menggelupor tubuhkan jawatankuasa pemantau serta sebagainya? Takkan itu pun nak disalahkan kepada MB Pahang.
Kenapa selepas TPM batuk, baru pihak SPRM tu nak terkencing dan menggelupor tubuhkan jawatankuasa pemantau serta sebagainya? Takkan itu pun nak disalahkan kepada MB Pahang.
Itu persoalan yang sepatutnya diajukan oleh pihak media sekiranya mereka benar - benar rasa bertanggungjawab terhadap isu tersebut. Bukan hanya sekadar menyerang pihak Kerajaan Negeri.
Tapi kenapa Utusan ambik tindakan terus nak serang MB Pahang? Oh! Sebab dia pemimpin utama Negeri Pahang. Dia mesti tau semua benda. Seolah - olah MB Pahang ni macam tuhan pulak ye tak.
Sebagai sebuah akhbar yang TERSOHOR, perkara itu yang perlu dilakukan oleh mereka. Bukan hanya menyerang orang lain tak tentu arah dan menyalahkan mereka yang membela MB Pahang.
Hakikatnya, mereka menyerang Utusan sebab laporan yang dibuat tidak berdasarkan kepada KEBENARAN. Ianya tidak menggambarkan keadaan sewaktu sidang media diadakan.
Hakikatnya, mereka menyerang Utusan sebab laporan yang dibuat tidak berdasarkan kepada KEBENARAN. Ianya tidak menggambarkan keadaan sewaktu sidang media diadakan.
Barang perlu diingatkan! Mereka yang mempertahankan MB Pahang bukan sebab dia bernama Adnan Yaakob. Waima dia bernama Najib Razak sekali pun akan tetap dibela juga.
Sama seperti apa yang telah dilakukan selama ini. Ada saja cerita tidak benar mengenai Najib Razak atau pun pemimpin - pemimpin Kerajaan yang lain, sudah tentu ada pihak yang akan membelanya. Sebab mereka tahu, yang dibela bukan INDIVIDU, tetapi INSTITUSI!!!
PS: Kata dahan orang lain reput, dahan diorang sendiri pun dah lama patah. Tapi dok asyik mintak orang lain je sambung nyawa!!! Tak kadar ke diri sungguh!!! Hehehe...
PS: Kata dahan orang lain reput, dahan diorang sendiri pun dah lama patah. Tapi dok asyik mintak orang lain je sambung nyawa!!! Tak kadar ke diri sungguh!!! Hehehe...
Yang peliknya kenapa Adnan emosional sangat. Mungkin ayat tu ditujukan kepada pihak Imigresen. Rasanya budak sekolah Menengah pun boleh faham bahasa kiasan tu. Tak kan Adnan bengap sangat Bahasa Malaysia. Ada laporan mengatakan bahawa Adnan mengutuk fizikal orang (Khalid botak dah tak ada). bukan emosional ke tu. Pemimpin kalau tak boleh kena tegur pun susah jugak. Sepatutnya pemimpin akan menjawab segala permasalahan dengan penuh hemah bukan menjawab dengan kutukan. Cameron Highland pun bukan besar sangat. Nak selesaikan masalah pun bukan nya rumit sangat. Hanya pemimpin yang tak tahu memimpin sahaja (macam Adnan) yang banyak menambah masalah di Cameron Highland.
BalasPadamKalau betul prihatin pergi lah turun berkampung 2-3 hari duduk di Cameron Highland. Majlis Daerah ke Majlis Tanah ke dibawah kuasa dia. Dia sendiri gempur lah berkenaan tanah diteroka secara haram. Kemudian bentangkan pelan khusus untuk menangani masalah-masalah di Cameron. Baru lah rakyat buka mata. Baru lah rakyat melihat ketegasan seorang Menteri Besar dan cara Menteri Besar bertindak. Ini tidak dengan Utusan yang di bebelnya. Pelik sungguh. macam ada nak cover je tindakan Adnan ini
Tak rumit? Dah baca kenyataan Timbalan Pesuruhjaya Pencegahan SPRM ke belum? Dia sendiri kata isu mengenai gejala rasuah di Cameron Highland tu tak dapat diatasi sebab mengalami kesukaran.
PadamBak kata En. Hashim Sg. Ular, Cameron Highland tu bukannya besar sangat, nak selesai masalah pun bukannya rumit sangat. Mungkin Timbalan Pesuruhjaya Pencegahan SPRM tu pun tak tahu buat kerja kot.
setuju sangat....
Padamtakkan tak boleh faham bahasa malaysia bro... tak kan nak kena cakap bangla baru paham...
Adnan pun bawak-bawak la pegi sana... lepak sana ke... lepak kena kopi o dengan mangsa2 banjir lumpur ke ... beli la jiwa orang cameron bro...
yang nak dikisahkan sangat ayat DITAWAN tu kenapa... kalau Adnan seorang pemimpin yang berjiwa besar dia tak pandang pun isu ayat DITAWAN TU.. keperihatinan dan kebajikan penduduk cameron lebih diutamakan... ini datang pun tak... pemimpin apa... nak tunggu sultan pahang jemput pergi sana ke..
dah tah apa-apa Adnan ni... nasib baik aku bukan orang pahang...
nasib korang la org pahang.. dapat menteri besar macam nie..
apa pasal tak boleh kritik mb pahang ? mb negeri lain pun kena jugak ?
BalasPadamNak kritik boleh... tapi pastikan yang mengkritik tu juga boleh terima kritikan... takkan dia je yang boleh mengkritik orang lain sedangkan dia sendiri tak tahan bila dikritik...
Padamsangat pelik , kenapa blog ni dok backing Menteri Besar. Sampai tahap semua komen pembaca dijawabnya. Kenapa tak dibiarkan pihak berkuasa pahang yang jawab.
BalasPadamp/s : dah kenapa dengan hang ni wahai sang semut. hang jgn dok bagi org buat andaian yang hang ni kena beli pulak.
Yg tak benar tu kita jawab. Kalau tak dijawab, ianya akan jadi satu penyakit. Selama hari ini dok hentam Pembangkang, tak de pulak yg kata kena beli dek Kerajaan. Dok pertahankan cincin Rosmah, tak de pun yang kata kena beli dek Rosmah.
PadamMB FUNDER SIAPA YE
BalasPadammacam bloger berbayar jee
BalasPadamSPRM same jer ngan IMEGRESEN.
BalasPadam2X5....