"Jijah... Aku pun pening Jijah... Ada pulak orang Melayu tak nak orang Melayu berjuang untuk orang Melayu... Pening Aku Jijah... Pening...!!!" |
"Apabila membaca kenyataan Saudara Khairul ini, saya mulanya ingat saya tersalah baca!". Demikian yang dinyatakan oleh Zulkifli Noordin dalam blognya hari ini.
Memang ada betul pun dengan apa yang dinyatakan oleh Si Zul Noordin tu. Memang orang lain pun pening bila cuba menggarap bahasa "Bombastik" yang dilemparkan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO tu semalam.
Apa sebenarnya yang cuba nak disampaikan? Mesej apa yang dia nak jelaskan kepada rakyat? Adakah dia nak orang Melayu ni lebih moderate dan bertolak ansur dalam tuntutan terhadap Hak mereka?
Adakah Si Azwan Bro tu tak sedar bahawa sifat orang Melayu yang 'Terlalu Lembut' selama hari ini yang merugikan mereka sendiri sehingga tergadai semuanya kepada bukan Melayu?
"Anak orang senang. Mana pernah dia merasa susah. Mungkin sebab itulah dia boleh bercakap ikut suka hati dia je". Itu diantara luahan mereka yang berada diperingkat akar umbi.
Dan ianya tidak boleh dinafikan. Kehidupan Si Azwan Bro tu memang berbeza dengan mereka yang berada diperingkat bawahan. Dia lahir dalam kehidupan mewah. Maka dia tak rasa apa yang orang lain rasa.
Dia tak rasa macam mana peritnya usaha anak - anak Melayu muda nak mencari nafkah dan mendirikan rumah tangga serta mengimpikan sebuah kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya.
Dia tak merasa macam mana susahnya orang Melayu nak dapat tanah untuk diusahakan atau dijadikan sebagai tempat kediaman biarpun ada yang dikhususkan untuk mereka.
Dia tak merasa macam mana penatnya naik turun tangga pejabat Kerajaan untuk mencari kerja dan betapa sakitnya hati bila Melayu bekerja disyarikat orang Cina. Semua tu dia tak merasa.
Persoalannya, untuk apa dia buat kenyataan sedemikian dan kemudiannya disiarkan didalam media? Kenapa dia nak desak supaya pemimpin Melayu tidak mengendahkan tuntutan orang Melayu diperingkat bawahan?
Apa yang cuba dia terangkan dengan tujuan pihak Haluan Kanan tu tidak memberi impak positif kepada parti Melayu yang akhirnya menyebabkan ahli - ahli UMNO jauh ketinggalan dari segi kemajuan minda?
Itu persoalan yang bermain didalam minda setiap orang yang membaca kenyataan media Si Azwan Bro tu semalam. Nampak macam dia sendiri yang keliru dalam kekeliruannya sendiri. Kalau dia dah tersesat jalan, cari jalan yang betul. Jangan nak sesatkan orang lain pulak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.