Defisit Selangor RM 450juta!!! Itu merupakan angka yang sengaja tidak dinyatakan secara terbuka disebalik pembentangan Belanjawan Negeri Selangor hari ini.
Yang hanya disebut dan diperbesar - besarkan hanya anggaran jumlah perbelanjaan terbesar yang pernah direkodkan oleh Rejim Pakatan Selangor sejak Si Azmin tu ambik alih.
Jika sebelum ini, perbelanjaan secara berhemah dilaksanakan oleh Khalid Ibrahim walaupun Selangor masih mempunyai simpanan rezab Negeri sebanyak RM 3.31billion.
Sewaktu Khalid memerintah, anggaran perbelanjaan Negeri hanya sebanyak RM 1.85 billion sahaja yang dibelanjakan dengan cermat dan dilaksanakan demi kepentingan rakyat.
Dalam pembentangan belanjawan hari ini, Si Azmin tu memberitahu, defisit yang akan terhasil adalah sekitar RM 450juta dan anggaran perbelanjaan adalah sebanyak RM 2.42 billion.
Yang bertambah kroniknya ialah apabila Si Azmin tu umum anggaran sebanyak RM 1.2 billion akan digunakan untuk perbelanjaan mengurus manakala RM 1.13billion untuk pembangunan.
Walaupun Si Azmin tu umum peningkatan melalui kutipan hasil Negeri sebanyak 6.49 peratus, namun peningkatan itu masih tidak menguntungkan kerana perbelanjaan diluar kemampuan.
Maka sudah pasti akan ada pihak diluar sana melihat keadaan ini sebagai salah satu pembaziran dalam belanjawan Negeri yang hanya merugikan rakyat secara keseluruhan.
Dana yang sebegitu besar bagi mereka adalah untuk perlaksanaan projek - projek yang hanya akan menguntungkan 'Political Stance' Azmin semata - mata. Bukannya untuk rakyat.
Mungkin sebab itu aksi dan gelagat Si Khalid Ibrahim yang bertindak meninggalkan sidang DUN sebelum pembentangan belanjawan itu dibuat tidak dihidu oleh pemberita.
Kemungkinan besar, Si Khalid tu sendiri malu dengan apa yang telah dilakukan Azmin iaitu membelanjakan hampir 90 peratus dari rizab Negeri yang cuba diselamatkan sebelum ini bagi memenuhi keuntungan dan kepentingan peribadinya semata - mata!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.