Huh! Jangan ada yang 'tergeliat' pulak bila baca tajuk kat atas tu. Itu hanya sekadar "Metafora" untuk memberikan gambaran terhadap komen yang diberikan oleh Tun Mahathir.
Kalau dalam bahasa yang menggunakan Euphemism, kita sebut 'Jangan Guna Duit Rakyat Untuk Popular'. Tapi bahasa mudah untuk kita faham, RASUAH. Itu je persepsinya.
Kalau kita baca maksud 'Rasuah' tu juga merujuk kepada 'perbuatan memberikan sesuatu demi mengharapkan balasan yang setimpal'. Jadi, tak salah kalau kita guna Metafora tu ye tak?
Tapi, istilah 'tajuk' tu bukan satu isu yang besar. Cuma fokus perlu diberikan terhadap apa yang diperkatakan oleh Tun Dr. Mahathir didalam blognya baru - baru ini mengenai BR1M.
Selepas puas mengkritik 1MDB, Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4 itu kini mengalihkan sasarannya pada projek Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dicetuskan oleh kerajaan hari ini.
Dalam tulisan blognya semalam, Tun Mahathir mengingatkan Kerajaan yang ditadbir Perdana Menteri bahawa wang untuk membayar BR1M merupakan wang pembayaran cukai.
Menurut kata Tun, daripada pihak Kerajaan menghabiskan duit dengan memberi bantuan berskala besar seperti itu, mereka perlu fikirkan satu tindakan jangka panjang seperti menyediakan peluang pekerjaan.
I have been opposed to giving monetary handouts as a way to increase the income of people right from the beginning. If at all financial aid should be given to the very poor who are unable to work to earn an income.
My primary objection is because handouts on such a scale look too much like bribery. And when this is given near elections or the manifesto promises this, the impression that it is about buying votes just cannot be dismissed.
If incomes are to be increase it should be by way of creating opportunities for work or business.
Malah, Tun juga turut menjelaskan, salah satu kecenderungan dalam pemberian bantuan tersebut akan membuatkan rakyat terus bergantung kepada Kerajaan tanpa perlu mereka berusaha sendiri.
Hah! Kalau siapa yang faham apa yang Tun perkatakan tu, sendiri faham la ye. Jangan ada yang salah faham sudah la. Kita tengok la lepas ni siapa pulak yang akan melatah dan keluar maki hamun terhadap Tun. Jangan ada yang tergeliat lidah sudah la!!!
Setuju.. Kaji subsidi bentuk lain contoh.. subsidi pengangkutan awam, subsidi tiket, jalan ikut masa. Subsidi pertanian.. contoh beli padi dengan lebih mahal, jual beras lebih murah. Subsidi gaji sektor buruh misalnya.. tambahkan gaji supaya keparas lebih tinggi misalnya rm 2000, akan galakkan ramai rakyat malaysia ceburi jadi buruh sebab gaji tinggi. Jadi penggantungan kepada rakyat asing akan kurang. Ini adalah di antara contoh2. Idea UTC setakat ini adalah terbaik.. fikirkan pula idea subsidi yang berkesan.. rasanya Jepun menguruskan subsidi secara terbaik.. menyebabkan rakyatnya lebih rajin berusaha, sukar nak jumpa sektor buruh dan pertanian diceburi oleh orang asing.. fikir2kan..
BalasPadamIsu Brim dianggap rasuah politik?
BalasPadamUMNO semenjak merdeka dianggap segala yg dilakukan Rasuah politik....Semut hitam anda tahu tak kalau UMNO buat jalan pun rasuah politik.
Semut hitam kalau UMNO buat makan2 anda percaya tak pembangkang akan kata Rasuah politik.....Saya harap semut hitam fahami betul2 istilah rasuah politik digunakan pembangkang sebagai alasan bodoh utk menolak secara ilmiah.
Isu BRIM dikatakan membazir kerana diberi kpd org yg susah.Minyak yg bersubsisdi dianggap bukan rasuah politik kerana diberi pada semua orang..
Tun melihat isu ini dari sudut pekerjaan dan malas...Semut hitam nak tanya la yg dapat BRIM kerja ke tidur dok rumah?
Saya yakin semua akan kata kerja dan BRIM hanya membantu...fahami betul3 membantu sahaja bukan GOYANG KAKI.
Kalau nak persoalkan TUN tentulah minyak bersubsidi la paling membazir pasal apa?
Pi kedai jalan kaki ke pakai minyak?
Semut hitam la ini pi taman bawa budak2 pun pakai kereta tau dah takda joging la....
Semut hitam buka lah mata minyak bersubsidi paling bangang sekali tapi apahal takda sapa2 kritik?
Bangang pasal minyak ketirisan berapa ratus juta?Minyak kita bukan rakyat rakyat kita je semua orang tau...pendatang dan pelancong berapa ramai...kau ingat 10 orang ke?
Pelancong campur pendatang lagi ramai dari penduduk malaysia.
Jadi nak tanya la apahal Tun tak hapuskan?
Nak faham Brim kena la tanya kat orang yg dapat atau bahasa mudah puak2 miskin dan hina.
Tanya la bagus ke tak ...depa pakai duit pekena rokok ke
atau beli magnum.?
Jangan tanya kat puak2 kaya memang la depa sakai teruk2 puak2 hina di malaysia ini..Ada faham?
Lorh... Anon Tanpa Nama 8:34 PG. Nak marah ke Semut Hitam ni pasal apa?? Bukan dia yang bangkitkan isu tu... tapi Tun Mahathir... Kalau rasa tak puas hati, pegi balun Tun Mahathir ler...
PadamBaca apa yang Tun katakan dalam blog dia memang ade betul juga... sepatutnya Kerajaan tambah peluang pekerjaan... banyakkan peluang pekerjaan terutama dikawasan luar bandar... baru budak muda tak berhijrah ke bandar... baru diorang tak terpengaruh dengan ideologi songsang yang dijaja pembangkang...
bukan setakat bagi bantuan yang hakikatnya tak semua org pun dapat... gaji bawah 3ribu seisi rumah pun ada yang tak dapat BR1M tau... sebaliknya kena bayar Income tax pulak... berapa ramai yang kena macam tu???