Sabtu, November 15, 2014

Tak payah susah - susah nak dapatkan pelabur asing atau pun keluar modal berpuluh - puluh juta. Cukup setakat pilih seorang Nenek yang selalu main dengan kipas untuk menjadi wakil rakyat. 

Maka dapat la orang di Kajang sebuah taman tema yang baru. Hal cerita kata nak 'Upgrade' stadium Kajang entah ke mana perginya. Sekarang dok sibuk pasal taman tema air pulak.

Apa punca banjir kilat kerap kali berlaku di Kajang? Adakah ianya disebabkan kedatangan pendatang warga asing ? Atau, adakah ianya sebab salah Kerajaan BN yang tak bagi bantuan?

Nah! Dibawah ni ada pendedahan menarik mengenai isu yang kerap kali melanda Kajang. Harap - harap ada la pihak yang sanggup dedahkan perkara ni dalam media cetak. Jangan asyik nak cari cerita sensasi je kerjanya!!! Bukan senang Si Wan Azizah tu nak bukak taman tema percuma!!!
Banjir kilat melanda Kajang sekali lagi dalam tempoh yang amat singkat. Kita belum mendengar sebarang alasan konkrit dari Kerajaan Negeri Selangor mahupun MPKj. 
Namun satu fakta yang tidak boleh dinafikan atau cuba disorokkan oleh Pakatan Rakyat ialah, antara punca utama banjir di Kajang ialah ketamakan, kehalobaan dan keserakahan Pakatan Rakyat sendiri! 
Tahu atau tidak pada tahun 2007, Kerajaan Negeri Selangor yang pada waktu itu merupakan kerajaan BN telah merancang satu projek pengairan yang akan mengatasi banjir kilat di Kajang. 
Projek tersebut akan menyambungkan Sungai Jelok dan Sungai Langat memandangkan kedua-dua sungai tersebut mengairi pekan Kajang. Kerajaan BN Selangor turut merancang untuk menyambung  Sungai Langat dengan Sungai Kelang menerusi terusan bagi mengelakkan limpahan air sungai. 
Bagaimanapun pada Februari 2011, Pakatan Rakyat telah membatalkan projek tersebut dan menjual tanah yang sepatutnya terusan dibina kepada sebuah syarikat swasta iaitu Tropicana untuk tujuan pembinaan perumahan mewah. Tanah tersebut telah dijual pada kadar harga yang sangat rendah dan hanya dibayar dalam tempoh 20 tahun bermula dari April 2013. 
Pembatalan projek terusan itu telah menyebabkan Kajang berhadapan dengan banjir kilat yang sangat teruk. 

Begitulah apabila keuntungan untuk kaum kroni lebih diutamakan berbanding kepentongan rakyat. Yang kenyang dan kaya raya dalam masalah yang dihadapi oleh rakyat dan penduduk Kajang ialah Tropicana, syarikat yang amat dijaga oleh Azmin Ali dan Pakatan Rakyat sehinggakan Khalid Ibrahim diguling untuk tujuan memastikan Tropicana dan kepentingan syarikat itu di Selangor terjaga.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping