Kalau dah namanya "Berkhidmat Untuk Rakyat" maka perlu adanya pertimbangan yang sewajarnya dibuat. Nak pulak dalam keadaan seperti hari ini. Tak boleh nak buat sesuka hati je.
Waima apa sekali pun keputusan yang nak diambil dan dilaksanakan diperingkat bawahan, sebarang pertimbangan yang rasional perlu dibuat terlebih dahulu supaya tak memalukan diri sendiri.
Itu yang berlaku kepada Ketua Pengarah JPJ apa bila dilihat tidak rasional dalam melaksanakan penguatkuasaan. Walaupun dia ada alasan sendiri, tapi masih lagi perlu pertimbangan.
Dek kerana keterujaan nak sangat laksanakan penguatkuasaan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terpaksa 'mengalah' apabila dibelasah sampai lembik dan langsung tidak boleh menjawab.
Biar pun penjelasan yang diberikan panjang berjela - jela, tapi itu tidak dapat menafikan pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh rakyat melalui laman media sosial.
Terutama sekali apabila ianya membabitkan kesalahan - kesalahan yang dilakukan oleh JPJ dan Ketua Pengarah JPJ itu sendiri. Ianya berjaya mengalahkan segala jawapan retorik JPJ.
Semalam, surat pekeliling kepada Pengarah JPJ Negeri turut disebarkan oleh pengguna media sosial yang antara lain di dalam surat tersebut menjelaskan bahawa Ops Khas akan ditangguh berkuat-kuasa serta-merta hari ini.
Sepatutnya pihak JPJ perlu merujuk kepada diri mereka sendiri dan bertindak rasional dalam menentukan sebarang penguatkuasaan undang - undang. Biar la ianya masuk dek akal.
Jangan jadi apa yang berlaku hari ni. Sekejap kata nak kuatkuasa, sekejap ubah pulak suruh ditangguh dan sebagainya. Tindakan itu hanya akan merugikan Kerajaan, bukannya JPJ. Penyudahnya nanti memalukan diri sendiri!!! Itu baru Kerja Pandir namanya!!!
Biasakla... pemerintahan amano..
BalasPadambila JPJ tak amik tindakan kata terima habuan,bila amik tindakan Menteri kata tak payah.serba salah dibuatnya.lebih baik makan gaji buta.Menteri2 tak sedar ke anggota JPJ jugak pengundi.
BalasPadam