Bila orang ramai bercerita pasal isu yang melanda Cameron Highland sejak dua tiga hari ni, teringat pulak pendedahan yang pernah dibuat oleh Karam Singh Walia berkaitan isu yang sama.
Kehangat isu itu pernah juga mencetuskan kesedaran dikalangan rakyat mengenai apa yang berlaku di kawasan peranginan tersebut sebelum ini. Tapi herannya, kenapa isu itu terus terdiam begitu sahaja?
Ada tak mana - mana pihak pergi menemubual Si Karam Singh untuk mendapatkan penjelasan mengenai sebab kenapa dia berdiam diri selepas membuat pendedahan isu tersebut?
Perkara itu selari dengan apa yang dijelaskan oleh beberapa pihak sebelum ini termasuk dari kalangan pihak Imigresen sendiri. Mereka juga turut mendakwa wujudnya kartel haram yang terlibat.
Menteri di Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi turut memaklumkan bahawa pihaknya telah mengesan kewujudan sindiket penipuan pendatang warga asing ini di Cameron Highland.
"Sekarang pasukan kita sedang mencari ejen-ejen ini kerana kita tidak mahu pemerdagangan manusia (terhadap pekerja asing) ini berlaku.
"Ejen-ejen seperti ini bukan saja menipu pekerja, malah mengambil keuntungan yang banyak," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Namun persoalan yang perlu dibangkitkan, kenapa tindakan yang sewajarnya tidak diambil bagi membenteras perkara itu berlaku? Kenapa tidak ada sebarang tangkapan dilakukan selama ini?
Sepertimana yang dijelaskan oleh pihak SPRM, isu berkaitan dengan pendatang warga asing dan pencerobohan tanah haram ini memerlukan tenaga bersepadu dari semua pihak.
Maka, memang benar sepertimana yang diperkatakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang semalam. Jentera penguatkuasaan Negeri sahaja tidak mencukupi untuk menbenteras gejala tersebut.
Kesimpulannya, fokus isu ini ialah terhadap kaedah penguatkuasaan serta cara bagaimana untuk membenteras gejala yang sama terus berlaku dikawasan tersebut. Bukannya menghentam orang lain dan menyiarkan tajuk yang mengelirukan kepada umum!!!
laa tak habis lagi nak salah kan tajuk akhbar... sian nye
BalasPadamTanah Lojing sebelah Cameron tu pun boleh nak di bangunkan... kenapa taknak...
BalasPadamOops... tu kawasan PAS....
Sblm nie karam sing walia beriya buat laporan tanah lojing membahayakan alam sekitar lar. Tak terancang lar... sekali rupanyer Cameron lagi teruk
Banjaran Titiwangsa bukan dekat Cameron Highlands je ada.Tempat lain pun boleh bukak jugak.Suhu pun lebih kurang sama.Boleh tanam sayur bagai jugak.Tak menjejaskan ekeonomi langsung.Tak payah risau sayur tak cukup.
BalasPadamTapi kerajaan negeri Pahang mana pandai.Dah tau British bukak Cameron tu dulu,Pahang dah dapat yang headstart yang tempat lain takde.Tapi tak pandai jaga,tanah senang2 bodoh je boleh tarah sesuka hati.Sibuk pasal illegal land clearing lah ape benda lah..Padahal kalau legal land yang ada dimaksimumkan kegunaan pun dah lebih dari cukup bagi orang makan sayur lah...Ni semua nak cari duit lebih je masuk kantung.Berapa banyak lagi kawasan nak clear?
Bodoh.. Cameron Highland tu adalah bukti kerakusan manusia merosakkan alam. Dah jadi mini Dhaka dah. Ramai Bangla & pendatang haram.
BalasPadamBangla Muslim lebih baik dari China dan Hindu kafer. .
PadamPak long nan mane nk turun padang kalo xde SULTAN DAN PM sebab carier politik nan hanye bergayut kt seluar sultan dan PM.
BalasPadamP/S Rakyat phg: Dato NAN awok dah jadi liabiliti dalam umno elok la berundur.. bg peluang org lain pulak tadbir pahang..xkn nk tggu smpai umno trsungkur d pahang baru nk berundur.. sudah2 la tu NAN..
ptut MB2 seluruh malaysia ni kene belajar dgn dato nan mcm mane nk kekal MB lame mcm dia wlaupun xde apa sumbangan kt pahang tu, jwpnya mudoh je jaga TUANKU, KERABAT TUANKU pm NAJIB..hahahaha
BalasPadamBaru 2-3 hari sebelum lapuran Utusan seorang sahabat lama beritahu negeri Pahang ini macam takde MB..benar juga cakap sahabat lama tu..MB negeri lain dan Exco2 semua hebat dan berkarisma tapi di Pahang barisan Exco pun orang Pahang sendiri tak kenal...
BalasPadamAkhir2 ini terserlah sangat tandusnya kepimpinan Dato' Nan sebagai MB..contoh :
1. Hutan Simpan di sekeliling Tasik Chini yg telah mendapat pengiktirafan dunia RAMSAR gondol dan setelah mendapat liputan media Utusan kwsan hutan itu telah di tanam balik anak2 pokok hutan
2. Taman Negeri Kenong yg mendapat lawatan pelancung Eropah hampir 20,000 orang setahun telah diluluskan lesen pembalakan dan perlombongan..hanya setelah campur tangan Ahli Parlimen Lipis lesen itu berjaya dibatalkan
3. Isu pemberian lesen pasir kepada sykt dari Selangor di Sungai Pahang hingga menimbulkan kegelisahan kepada penternak ikan sangkar di sepanjang Sungai Pahang dan nelayan sungai...Ahli Parlimen Kuala krau mendedahkan sebanyak 15 juta dibelanjakan utk membaiki jalan di Kuala krau yg rosak dari lori2 pasir sedangkan hasil pasir yg diperolehi tidak seberapa.
Jadi memang rakyat Pahang sekarang gelisah dengan kepimpinan Dato' Nan yg tidak langsung menunjukkan kepekaan kpd kepentingan rakyak tapi seolah2 menjaga kepentingan satu pihak sahaja.
Malah apabila timbul isu Cameron Highlands kenyataan Dato' Nan seolah2 lepas tangan hingga memaksa TPM mengambil alih isu tersebut hingga ke peringkat mengerahkan tentera.
Seperti kata sahabat lama dan juga rakyat Pahang yang lain masa untuk Dato' Nan untuk berundur sebenarnya sudah tiba.
Bagi meraikan kebodohan pahang dlm menjaga hutan.. Ayuh kita sama sama buka hutan secara haram.. Siapa nak tanah sila datang ke pahang. Ambillah mana yg kamu suka. Dijamin takkan tertangkap. Kekalkan ds adnan dua penggal lagi. Yahooooo.
BalasPadamKerajaan wajar membentras terutama di Imigresen Putrajaya...agen2 bebas keluar masuk bilik Pengarah sedangkan org awam nak jumpa bukan main susah..
BalasPadamImigresen LUBOK Duit...aku dengar allocation visa haji Kat KDN kena bayar RM10,000 seorang. ....Zahid tak tau...orang bawah buat hal...
PadamKaram Sigh tak ada kuasa,Utusan Malaysia pun tak ada kuasa,meraka sekadar mendedahkan.Yang berkuasa besar di sana ialah Tok Nan Pahang dan SUK Pahang.Pihak SUK DS Suffian dah mengaku kurangnya tindakan,yg masih berdegil hanyalah orang politik seperti Tok Nan,yg mengerahkan tentera sibernya menegakan benang basah.Biasalh seperti kata TS Shafie Abdullah,'kalau orang politik di timpa masalah,mereka terus akan mengatakan ada konspirasi utk menjatuhkan mereka'.
BalasPadamseperti biasa, sekarang je hangat.... dua tiga bulan lagi senyap aje...tunggu banjir lumpur lagi baru kecoh
BalasPadam