Khamis, November 06, 2014

Haduhai!!! Kalau hari tu, sels - sel otak dia didapati tidak berkembang sebab kenyataan yang dibuat tidak merujuk kepada apa yang berlaku didunia nyata. Maka sebab itu dia kena hentam.

Tapi kali ini, bila dia buat kenyataan, ada la sikit rasionalnya. Kemungkin besar pengaruh itu memang wujud. Cuma kalau dirujuk kepada dunia nyata, ada juga yang tak masuk akalnya.

Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh 'Admin' Facebook Si Wardina tu, (sebelum ni dia kata Admin yang akan buat posting), mendakwa kes buli ni berlaku sebab banyak sangat filem Gengster.

Dari satu sudut, memang masuk akal apa yang 'Admin' Si Wardina tu katakan. Memang ada juga dikalangan budak - budak sekolah ni yang terpengaruh dengan filem - filem sedemikian.

Dakwa 'Admin' Facebook Si Wardina tu juga turut menyatakan bahawa pihak pembikin Filem hanya sekadar sibuk nak mencari keuntungan berdasarkan filem - filem yang dihasilkan.
“Cubalah letak tepi sikit kerakusan mahu keuntungan semata. Kita semua tahu anda mahukan untung dan anda untung kerana ramai yang mahu menonton filem gangster anda. Demand and supply bukan?”
Cuma satu je yang 'Admin' Si Wardina tu terlupa nak buat rujukan. Kes 'Buli' ni baru hari ni ke berlaku? Bukan ke kes buli ni dah berlaku dan turut menjadi laporan media sejak dari zaman dulu lagi? 

Takkan itu pun ada kaitan dengan lambakan filem Gengster jugak kot. Itu yang tak masuk akalnya. Zaman dulu, mana ada banyak sangat filem - filem berunsurkan Gengsterisme ni. 

Filem cinta - cinta, menyanyi sambil bergolek dalam kebun getah ada la. Tapi kenapa kes Buli ni masih juga tetap berlaku? Takkan pulak filem cinta - cinta tu boleh buat mereka jadi ganas?

Kalau nak kata nama gelaran macam 'Kumpulan 6 Jahanam', zaman dulu pun ada jugak gelaran sedemikian diberikan kepada geng - geng Kaki Buli ni. Takkan 'Admin' Si Wardina tu nak salahkan Tan Sri P. Ramlee pulak.

Tinggal lagi, pihak pembikin filem ni pun kena bukak la minda tu sikit. Cari la angle lain kalau betul diorang nak mendidik penonton menjadi orang yang berakhlak baik. 

Dari habis berpuluh juta buat filem epik, baik diorang buat filem berunsurkan keISLAMan. Buat la filem pasal pejuang - pejuang Islam, yang tampil menegakkan syiar Islam dan mengembangkan Islam tu keseluruh dunia. Jangan asyik buat filem genre sama je kerjanya!!!

4 ulasan:

  1. SEL2 OTAKNYA MASIH BELUM BERHUBONG. BIARKANLAH....KENA MINUM LEBIH SUSU TU....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa kenapa? Nampak nya sel sel otak telah berhubung.

      Padam
  2. atau buat filem iklan susu....dia nak tunjuk pandai supaya nampak sel otak dia berhubung...tak meroyan...

    BalasPadam
  3. NAMPAK NYA WARDINA, SEL OTAK BELOM BERHUBONG. KURANG MINUM SUSU LAH...WARDINA2 MAKIN TUA MAKIN TAK BERHUBONG DUNIA LUAR.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping