Halahai! Kesiannya la dengan nasib Si Ketua Anak Muda Kecoh (AMK) ni bila kena balun secara depan - depan oleh anak muda sendiri. Habis terkedu dia dibuatnya.
Semuanya berlaku dalam satu forum yang mengumpulkan sekumpulan anak - anak muda yang terdiri dari kalangan Mahasiswa bagi membincangkan isu berkaitan dengan mereka baru - baru ini.
Katanya, forum itu diadakan bagi membincangkan insiden yang berlaku di Universiti Malaya baru - baru ini sehingga mengakibatkan Pengerusi MPPnya dikenakan tindakan oleh pihak pentadbiran.
Jelas wakil anak - anak muda LENSA, pertubuhan Mahasiswa seperti di UM itu tidak sepatutnya dipergunakan oleh parti Politik demi kepentingan mereka sendiri.
Menurut wakil itu lagi, penglibatan pertubuhan tersebut mungkin akan disalah-gunakan bagi tujuan Politik semata - mata hingga menenggelamkan matlamat pertubuhan itu sendiri.
"Menjadi dilema kita satu masa dahulu apabila kita mahu buat kerja dengan Adam Adli, beliau tidka dapat datang mesyuarat atau perjumpaan kerana ada ceramah di Permatang Pauh, sana sini. Ini bukan caranya untuk mengangkat gerakan mahasiswa. Ini seperti membunuh idealisme mereka.
"Sehubungan itu parti politik kena fikirkan cara terbaik dengan gerakan mahasiswa. Bukannya jemput pergi ceramah untuk serang rejim.
"Sepatutnya fikirkan cara strategik bagaimana nak korek idea baru," ujarnya di program 'Universiti atau Penjara? Diskusi Kebebasan Mahasiswa' di Bangunan Informasi Strategik dan Kajian Pembangunan (SIRD), Petaling Jaya, malam tadi.
Sebelum ini, LENSA juga turut mengecam tindakan Si Ketua Penipu tu untuk mempergunakan pertubuhan Mahasiswa demi memenuhi kepentingan Politik peribadinya sendiri.
Kot kalau itu pun puak - puak Pakatan Haramjadah tu masih tak sedar diri jugak, memang kita tak boleh nak kata apa la. Itu membuktikan yang diorang ni benar - benar BEBAL dan buat kerja atas dasar Kepentingan Diri Sendiri. Bukan untuk menjaga Kebajikan Rakyat!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.