Alamak ai!!! Kenapa Penyanyi kesayangan ramai rakyat Malaysia ni sengaja nak buat kontroversi yang tak sepatutnya? Masih tak cukup famous lagi ke dia di Amerika tu?
Kalau sebelum ni, penyanyi dan juga komposer tanah air yang mula mengembangkan popularitinya di Amerika tu seringkali dipalit dengan kontroversi fesyen yang diperagakan.
Pelbagai kritikkan yang negatif dari kalangan masyarakat dilemparkan terhadap pemakaian yang dipamerkan oleh Yuna melalui laman media sosialnya hari ini. Hari tu isu baju ketat.
Malah, gaya tudung 'Turban' yang kini menjadi imej kekal Yuna juga turut dipertikaikan oleh orang ramai. Sekarang dia nak dedah - dedah apa lagi? Apa lagi yang dia nak 'tunjukkan' kepada dunia?
Korang jangan salah sangka dan jangan cepat sangat nak panik. Penyanyi kesayangan ramai ni bukannya nak dedah benda lain. Tapi sebaliknya dia nak dedahkan rahsia disebalik kejayaannya menempa nama di peringkat Antarabangsa.
Katanya, Si Yuna ni bakal tampil secara Ekslusif selama 30 minit dalam satu slot E! News Asia Special: Yuna yang akan ditayang melalui rangkaian tersebut tidak lama lagi.
Apa yang menariknya, melalui rancangan tersebut, Si Yuna ni akan turut membongkar dan mendedahkan siapa sebenarnya artis yang dikenali sebagai 'A Poster Girl For Young Hijabster' tu.
Sambil mengakui bahawa dia seorang yang suka berahsia tentang hal peribadi, tetapi kali ini Yuna cukup bersedia dan teruja untuk berkongsi dengan peminat siapa dirinya yang sebenar.
"Ada banyak yang menarik dan istimewa yang saya dedahkan menerusi program ini antaranya berkongsi gambar sewaktu kecil dan mungkin tidak ramai yang tahu saya cukup rapat dengan keluarga, atuk, nenek, sepupu dan saudara mara.
"Keluarga saya adalah paling utama dalam hidup dan saya mahu kongsikan pada umum mengenai dunia saya yang bukan saja sebagai seorang penghibur yang mereka kenali selama ini," katanya.
Kalau macam tu bagus la. Nak jugak dia berkongsi rahsia kejayaan dia dengan orang lain. Mana la tau, nanti ada pulak anak muda yang akan turut ikut jejak langkah dia dimasa akan datang dan mengharumkan nama Negara dipersada antarabangsa.
PS: Jangan anak - anak muda tu jadi macam Pencacai - Pencacai Pakatan yang sanggup tolong kutip 'kemaluan' pemimpin mereka sendiri!!! - Seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.