Isnin, November 24, 2014

Heh! Ini satu lagi kenyataan yang memeningkan kepala orang dan mula menjadi satu persoalan dikalangan rakyat apabila ianya disiarkan dalam sebuah laman portal semalam.

Persoalan utamanya, Apa yang dimaksudkan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO ni dalam kenyataan tersebut? Siapa yang dimaksudkan sebagai pihak 'Haluan Kanan' tu?

Jika pihak Pendesak Melayu, yang nak menjaga soal kepentingan orang Melayu dianggap sebagai golongan 'Haluan Kanan', maka adakah itu bermaksud dia berada di 'Haluan Kiri'?

Apa yang lebih memeningkan kepala kita dan juga ahli UMNO diperingkat akar umbi, mereka melihat kenyataan tersebut bercanggah dengan dasar perjuangan UMNO iaitu memartabatkan orang Melayu.

Sekiranya pemimpin - pemimpin UMNO sendiri tidak mengendahkan lansung dengan apa yang dinyatakan oleh golongan Haluan Kanan ni, maka dasar perjuangan UMNO tu sendiri tak bermakna.

Atau mungkin, Naib Ketua Pemuda UMNO ni cuba nak memberi cadangan kepada pucuk pimpinan parti agar dasar perjuangan UMNO itu dipinda dan dibuang klausa 'Memartabatkan Orang Melayu'?

Realitinya, pemimpin UMNO sendiri yang tidak menjaga kepentingan orang Melayu sehingga mengakibatkan orang lain boleh mempertikaikan Hak - Hak orang Melayu secara terbuka.

Mungkin dengan adanya pemimpin UMNO macam Naib Ketua Pemuda ini lah yang membuatkan anak - anak muda bertambah bosan melihat gelagat RETORIK yang cuba ditonjolkan.

Jika benar Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia nak melihat UMNO tu lebih progresif dimasa akan datang, maka Pemuda UMNO tu sendiri perlu proaktif dan tunjuk gerak kerja mereka.

Bukan setakat tau nak 'Show Off' program - program yang tidak memberi impak dan mendekati golongan - golongan muda secara keseluruhannya. Pemuda UMNO perlu membela isu - isu yang ada kaitan dengan orang muda.

Mereka perlu turun padang, berjumpa dengan orang - orang muda, yang bukan sahaja belajar di IPT tetapi yang turut berada di ceruk - ceruk kampung dan kawasan pendalaman.

Cuba tanya mereka apa yang mereka mahu. Cuba selidik, apa dia keinginan mereka. Adakah mereka tidak mahu Hak - Hak Keistimewaan orang Melayu itu sentiasa terpelihara?

Soalnya hari ini, dimana letaknya Hak - Hak Keistimewaan Orang Melayu itu sendiri sedangkan ruang - ruang pekerjaan, pemilikan hartanah dan sebagainya terus dikawal oleh bangsa lain.

Itu Hakikat yang sepatutnya diterima oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia ni. Bukannya dia nak buat desakan, menyalah pihak berhaluan kanan yang lantang bersuara untuk mempertahankan hak - hak orang Melayu. Jangan sampai tahap dia sendiri pun hilang arah!!!

PS: Setidak - tidaknya, orang lain ada juga hala tuju. Yang Pemuda UMNO ni, ke mana pulak diorang nak hala!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping