Harap - harap, jangan la Pak Menteri yang berkenaan tu baca artikel yang disiarkan dibawah ni. Takut pulak bila nak kena saman dek Pak Menteri tu nanti. Maklum la, blog tak de berduit ni.
Tapi hakikatnya, itulah yang cuba nak disampaikan kepada Pak Menteri berkenaan. Nak buat satu - satu pengumuman tu biar la dengan cara yang bijaksana. Jangan nampak sangat 'Tak Cerdik Bertingat - tingkat' tu.
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat, proses memansuhkan subsidi petrol RON95 yang dilaksanakan bulan depan sepatutnya dijalankan secara berperingkat-peringkat.
Beliau berkata pengurangan subsidi minyak oleh kerajaan ke atas bahan api itu perlu dilakukan sedikit demi sedikit agar tidak membebankan rakyat.
“Saya ingat kalau subsidi sekarang ini berkurangan bukan mana pun sebab harga minyak murah. Apabila harga minyak murah, tidak perlulah banyak subsidi.
“Jadi kalau kita nak kurangkan subsidi boleh lah tapi buat secara beransur-ansur, sedikit demi sedikit,” kata beliau ketika ditemui pemberita selepas majlis Konvokesyen Ke-11 Kolej Universiti MAHSA di Putrajaya hari ini.
Selain, bebanan buat rakyat langkah itu yang dibuat mendadak kemungkinan akan mempengaruhi keadaan ekonomi.
“Secara umumnya, saya bersetuju dengan pengurangan subsidi. Apapun kita buat secara berperingkat-peringkat. Pengurangan sepatutnya sedikit demi sedikit sehingga dihapuskan sebab dia boleh mempengaruhi keadaan ekonomi,” katanya seperti dipetik laman web Astro Awani.
Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek mengumumkan penetapan harga runcit petro RON95 dan Diesel dibuat mengikut sistem pengapungan terkawal berkuatkuasa 1 Disember depan.
Mulai tarikh itu juga, tiada lagi subsidi bagi kedua-dua bahan bakar itu memandangkan harga pasaran dunia lebih rendah berbanding harga di pam.
Kesimpulannya mudah. Dah nama pun Kerajaan nak MERASIONALKAN SUBSIDI. Jadi, buat keputusan pun biar la RASIONAL jugak. Kalau rasa tak mampu nak bertindak Rasional, letak je jawatan. Jangan menyusahkan orang lain yang ada dibawah!!!
Pak Najib dan konco-konconya memang bodoh sombong. Tidak belajar macamana nak berfikir secara makro ekonomi. Kalau Dr M masih menerajui Malaysia, tak lah kita dalam Reverse Gear selama 11 tahun kebelakangan ni.
BalasPadam