Heh! Nasib baik la Si Menteri Besar Selangor yang baru tu hanya sekadar memberi jawapan cliche', bercerita pasal 'Kesedaran Sivik' dikalangan orang ramai. Kalau dia bagi jawapan diatas, haru jadinya.
Dalam usaha Si Menteri Besar Selangor yang baru tu nak membersihkan Selangor dari sampah, mungkin dia terlepas pandang mengenai keadaan dirumah ibu kandungnya sendiri.
Sampai tahap perkara itu terpaksa dimaklumkan oleh seorang pengguna dilaman twitter yang mengadu mengenai masalah itu kepada dia. Malah, masalah sampah dikawasan sekitar juga turut dibangkitkan.
Kata pemegang akaun tersebut, masalah sampah dihadapan rumah ibu Si Menteri Besar Selangor yang baru tu bukannya masalah baru. Tapi perkara tu dah kerap berlaku berulang - ulang kali.
"Salam YB @AzminAli. Depan rumah mak YB saja ini orang buang sampah,” tulisnya dalam laman blog mikro itu.
Soalnya, takkan la Si Menteri Besar Selangor yang baru tu tak nampak dengan apa yang ada depan mata dia? Takkan itu pun nak kena hantar makluman kepada nombor telefon yang diberikan?
Tapi dari satu sudut, nampak sangat yang Si Menteri Besar Selangor yang baru tu jarang menjenguk ke rumah ibunya. Jadi, mungkin sebab itu dia tak prihatin dengan perkara tersebut.
Tak cukup dengan isu itu sahaja. Turut dimuat-naik gambar sampah berselerakan sekitar papan tanda yang melarang aktiviti itu yang menyatakan denda untuk kesalahan itu sebanyak RM1,000.
Erk, alang - alang dah bercerita pasal sampah ni, nak tanya juga YAB Menteri Besar Selangor yang baru tu. "Sampah" dibawah ni dia dah buang ke belum? Kalau dia belum buang, baik dia ambik tindakan segera. Kalau tidak, selagi itu la Selangor tu tak BERSIH!!!
Sampah Masyarakat!!! |
Betu, yang atas tu mmg sampah..
BalasPadam