Isnin, November 10, 2014

Datuk Mohamad Din Yusoh yang juga merupakan seorang pendakwah bebas hari ini menasihati Khalid Samad supaya mendalami serta memahami pengertian sebenar ‘children of God’.

Katanya, pemimpin Pas itu perlu mengetahui apa dimaksudkan dengan ungkapan itu dari sudut agama Kristian serta ayat di dalam Injil atau Bible Luqa yang berbahasa Arab dan Bible Lukas dalam bahasa Malaysia-Indonesia.

Menurutnya, beliau terpanggil untuk memberikan penjelasan mengenai isu itu ekoran tindakan Khalid yang mempertahankan Sisters in Islam (SIS), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang difatwakan sesat oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais).
“Saya berpandangan beliau tidak faham konsep ketuhanan agama Kristian kerana konsep itu adalah menjurus kepada triniti iaitu mereka percaya kepada tuhan bapa, tuhan anak dan tuhan rohul kudus," katanya.
Menurutnya, maksud 'children of God' itu sekiranya diambil petikan daripada paparan gambar tiga versi bahasa iaitu bahasa Arab, bahasa Malaysia - Indonesia dan bahasa Inggeris, ayat bible Lukas 3.38, berbunyi ‘anak Enos, anak Seth, anak Adam dan anak ALLAH”.

Kemudian, katanya, jika dirujuk semula dalam ayat Luqa 3.38 di dalam versi bahasa Arab, ia berbunyi ‘bin Anusa, bin Seth, bin Adam, Ibnullah’.
“Semua ini adalah konsep triniti. Kalau seseorang itu mengamalkan konsep tersebut bermakna ia sudah menyimpang jauh serta lari daripada akidah Islam. Apatah lagi anak-anak muda sekarang yang kurang berilmu dalam bidang agama. Orang yang lari daripada akidah boleh menjurus kepada kekufuran, kalau dengan niat,” katanya di sini, semalam.
Beliau mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu pada 7 November lalu bertajuk ‘Khalid Samad pertahan SIS' yang turut menegur Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Mohamad Din berkata, tindakan Si Khalid Samad tu sekali gus memperlihatkan dia seolah - olah lansung tidak faham tentang konsep ketuhanan khususnya bagi agama Kristian.
“Saya rasa, Khalid perlu mendalami ilmu bahasa, sama ada bahasa Inggeris, Melayu atau pun Arab sebelum mentafsirkan sesuatu perkataan itu mengikut cita rasanya.
“Kerana bagi saya, ini bukan lagi masalah isu liberalisme dan pluralisme malah ia sudah berkait soal akidah umat Islam.  Kalau sebelum ini beliau pernah dikaitkan dengan isu kalimah ALLAH tetapi kini isu ‘children of God’ pula. Bagi saya jika tidak faham jangan cuba mahu jadi juara," katanya.
PS: Yang sebenarnya, Si Khalid tu bukan tak faham. Tapi memang dia saja je buat - buat tak paham!!!  
Categories: ,

7 ulasan:

  1. Khalid Samad ini pure politician yg rendah ilmu. Politician macam style Nuar Berahim jugak lah species dia ni. Jual apa sahaja termasuk maruah demi nak jadi popular dan menang setiap PRU/PRK. Bukan dia bodoh dalam hal ini, tapi kelihatan buat bodoh untuk jadi popular dikalangan rakyat minoriti yg memperjuangkan hak demokrasi tidak TERBATAS.

    BalasPadam
  2. Lepas korek hidung tu boleh lah rasa masin ke atau tak..

    BalasPadam
  3. Samalah dengan ularmak PAS yang membenarkan Kristian gunakan kalimah Allah sebagai ganti Tuhan dalam bibel/Injil. Ini terang2 syirik. Mana sanggup kita lihat dan dengar Allah Anak, Allah Bapa dan Allah Roh Kudus serta bibel diistilahkan sebagai Kitab Allah seperta yang ada sekarang ini. PAS memang sudah sesat dan syirik. Macai2 PAS awak jangan main2. Ini soal akidah. Dalam kubur Hardy Boy dan Nicky Aziz serta Parti Ajaran Sesat kamu tidak akan dapat membantu. Tolonglah taubat cepat2. Selagi kamu ikut PAS selagi itulah solat kamu, haji kamu dan lain2 amalan agama kamu tidak diterima sebab akidah kamu jelas terpesong. Ini asas tauhid. Jangan main2.

    BalasPadam
  4. khalid samad ni sekor lagi pemimpin pas yang Allah dah terbalikkan hati2 mereka...buta, tuli & bisu, tidak boleh berfikir & tiada jalan kembali. Inilah akibat gila nak jadi menteri...ekor2 yang lain termasuk muja-haid yusuf, hanifa "mamak"maidin, & dzul "tong kosong" ahmad. mat syabu memang dah terbalik sejak awal..

    BalasPadam
  5. Benar.....mujahid as syaitani, mat shabu al jembalangi, kalid Samad al puakaki, ini semuanya Allah masukkan dalam kumpulan "KHATAM ALLAHU A'LA QULUBIHIM'......cer sebut jika ada kisah Nabi dakwah dalam gereja kata Allah boleh digunakan oleh Kristian...kalau ada maka Nabi pun tak beriman dengan surah Al-Ikhlas .....

    Ade ke....ade ke...kau tak der makna nya tak de ler....memang biological punya pemimpin Pas...

    BalasPadam
  6. Dok perati lama dah puak-puak ni......rupa-rupanya rukun Iman pun tak lepas.....gena nak memperjuangkan Islam ?

    BalasPadam
  7. Kalaulah PAS itu bukan sebuah parti politik nescaya telah lama diharamkan.....pertubuhan agama yg sesat serupa ajaran Ayah Pin.....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping