Walauweh!!! Ini dah melampau ni. Adakah ini juga salah satu dari taktik jahat yang sengaja diaturkan oleh puak - puak yang berniat nak mencemar maruah seorang Ulama tu?
Adakah berita ini benar berlaku atau ianya sengaja diada - adakan untuk menabur fitnah jahat terhadap Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS tu oleh pihak - pihak tertentu demi kepentingan peribadi?
Betul ke Si Nik Zawawi tu sanggup ambik tindakan merembat duit derma dari orang ramai semata - mata nak membeli tanah yang dijadikan sebahagian daripada harta peribadi dia sendiri?
Benarkah dia juga turut menggunakan duit derma yang diperolehi tanpa membentangkan akaun aliran keluar masuk untuk membina Pusat Pengajian Islam Moden di Jerteh, Terengganu?
Semua persoalan ini perlu dijelaskan sendiri oleh Si Nik Zawawi tu kepada ahli jemaah serta para penyokong PAS dengan jujur. Dia perlu tampil untuk membersihkan nama dia sendiri.
Jika benar ianya hanya sekadar fitnah semata - mata, maka tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak yang mendedahkan dakwaan tersebut sebelum ini terhadap dirinya.
Sekarang ni dah ada orang mula buat spekulasi yang mengatakan bahawa tindakan tersebut dibuat bagi memburukkan imej dan kedudukan serta nama baik Majlis Syura didalam PAS.
Malah, ada juga yang mendakwa kononnya pendedahan tersebut dibuat sebagai satu ugutan kepada Majlis Syura agar tidak mengenakan tindakan terhadap dua orang ADUN Barua tu. (Klik Sini)
Tapi jangan pulak Si Nik Zawawi tu tampil dan memberikan alasan BODOH hanya sekadar untuk menutup kemaluan dirinya sendiri. Kalau setakat dia nak buat kerja PANDIR macam tu, baik tak payah nak mengabihkan masa!!! Tak mendatangkan faedah lansung!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.