Nak disimpan lagi ke ADUN Barua ni??? |
Heh! Nampak sangat la yang PAS ni mengamalkan dasar tertutup dalam membuat sebarang keputusan serta pendekatan Politik mereka. Patut la ramai sangat orang marah pada parti tu.
Jadi, tak salah la kalau ada dikalangan ahli serta penyokong diperingkat bawahan yang kecewa dengan tindakan puak - puak Parti Angguk Saja ni diatas pendekatan yang mereka ambil.
Tindakan sedemikian juga secara tak lansung memberikan imej buruk terhadap parti itu yang dilihat hanya sekadar "Cakap Tak Serupa Bikin". Mungkin itu yang dimaksudkan oleh Si Guan Eng tu sebelum ini.
Malah, ianya boleh dilihat seolah - olah puak - puak Parti Angguk Saja tu dah mula 'Takut Pada Bayang - Bayang Sendiri'. Bercakap bagai nak gugur bumbung dewan, tapi hamPAS belaka.
Kalau hari tu, bukan main diorang balun dua orang ADUN mereka di Selangor kerana bertindak mengkhianati arahan Presiden dan membelakangi keputusan yang telah dibuat.
Tapi akhirnya, diorang pulak yang sengaja nak sembunyikan perkara tersebut dari pengetahuan rakyat. Adakah itu bentuk KEADILAN yang nak diperjuangkan oleh PAS?
Adakah itu boleh dianggap satu tindakan yang wajar? Tak heran la kalau dalam parti tu semakin hari semakin ramai BARUA yang mula menyelinap masuk dan buat huru hara. Penyudahnya nanti, diorang jugak yang jahanam. Masa tu, baru la Padan Muka Diorang!!!
KUALA LUMPUR - Majlis Syura Ulama enggan mendedahkan hasil keputusan mesyuarat bagi membincangkan rayuan penggantungan keahlian dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Selangor, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).
Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh bagaimanapun berkata, semua ahli majlis itu sepakat bersetuju dengan keputusan yang diambil.
“Kita akan hantar surat keputusan kepada dua orang yang merayu, lepas itu baru kita bagi tahu. Surat itu kita akan hantar seboleh-bolehnya hari ini dan paling lewat esok kita hantar kepada mereka.
“Kandungan surat kita boleh bagi tahu dua tiga hari selepas ini, sebagai penghormatan kepada mereka.
“Kita semua bersetuju dengan keputusan yang diambil, sebulat suara. Tak ada seorang pun yang bercanggah dengan keputusan yang diambil,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Majlis Syura Ulama di Ibu Pejabat PAS, hari ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.