Isnin, November 24, 2014

Heh! Pening jugak kepala bila baca kenyataan yang dibuat oleh Naib Presiden UMNO ni. Sebelum puak - puak Pakatan Haramjadah tu balun, elok kita cari penjelasan terlebih dahulu.

Apa sebenarnya yang nak disampaikan oleh Naib Presiden UMNO ni sebenarnya? Siapa yang dia cuba nak sindir? Dia nak sindir Presiden UMNO sendiri ke? Berani ke dia nak buat macam tu?

Cuba korang fikirkan seketika. Dalam UMNO ni, 'Keturunan' siapa yang sedang pegang kuasa? Ada tak keturunan Tunku Abdul Rahman yang sedang atau pernah pegang kuasa?

Yang ada setakat hari ni, korang sendiri pun sedia maklum. Keturunan yang masih pegang kuasa hari ni, korang sendiri pun boleh bagitau siapa dia. Betul tak?

Jadi, untuk siapa dan kepada siapa kenyataan Naib Presiden UMNO tu ditujukan? Adakah dia tujukan kenyataan berkaitan dengan jawatan ni kepada 'The Number One' dalam UMNO?

Atau, adakah dia sekadar menyindir Naib Presiden yang 'Paling Junior' dalam ranking UMNO hari ini? Kalau difikirkan logik, hanya dua orang tu sahaja yang pegang jawatan melalui konsep 'Keturunan'.

Atau mungkin, Naib Presiden UMNO ni cuba nak sindir keturunan pemimpin UMNO yang pegang kuasa di Negeri sebelah Utara? Tapi, yang itu masih muda lagi. Baru beberapa tahun dia pegang kuasa.

Bahkan, dia cuba nak bertanding jawatan Naib Presiden pun orang tak bagi, walaupun dia dapat jumlah bilangan undi yang banyak dari kalangan perwakilan dalam pemilihan yang lalu.

Cuma malang nasib dia ialah apabila UMNO tidak mengamalkan dasar 'Undi Majoriti'. Sebaliknya, bilangan undi Bahagian yang diambil kira. Maka, sebab itu keturunan di sebelah Utara tu kalah.

Kalau Naib Presiden UMNO ni cuba nak sindir Ketua - Ketua Bahagian yang dah boleh dikira sebagai 'Otai', nampak sangat la yang dia ni mungkin dia mengalami sindrom TSD.

Dia lupa siapa yang bantu dia dalam pemilihan UMNO yang lepas. Berapa ramai Ketua - Ketua Bahagian yang senior ni memberi dia bantuan atas dasar semangat "Setiakawan".

Jadinya, bila kenyataan tersebut dikeluarkan sedemikian, maka ada la orang dibawah yang mula bercakap, "Wah! Bila dia nak bertanding, dia datang cari kita. Bila dah dapat jawatan, kita pulak yang nak dihalaunya."

Persoalannya, kalau betul Naib Presiden UMNO ni nak beri laluan kepada 'Pemimpin Muda' menggantikan kepimpinan yang berada diatas, kenapa dicantas 'Keturunan' pemimpin yang datang dari Utara tu?

Kenapa dia sendiri tak memberikan laluan supaya 'Orang Muda' boleh mengisi kedudukan tersebut? Yang Si Naib Presiden UMNO tu rasa diri dia tu 'Muda' sangat ke? Kalau dia pun dua kali lima je, baik tak payah nak mengabihkan masa jual agenda RETORIK yang memualkan!!!
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping