Jumaat, November 21, 2014

Huh! Mudah sungguh untuk para selebriti ni mendapat tajaan ek. Nak sambut hari lahir pun ada yang sanggup bagi RM 10ribu. Memang boleh dikira bertuah sungguh artis tu rupanya.

Cuba kalau yang dapat tajaan macam tu terdiri dari kalangan ahli Politik. Tak ke menderu - deru puak - puak Pakatan Haramjadah tu buat dakwaan yang bukan - bukan?

Baru - baru ini, pelakon dan pengacara Roslan Shah berasa terharu apabila ada beberapa syarikat swasta berbesar hati untuk menaja sambutan hari jadinya yang diadakan di The Heritage, Seri Kembangan..

Roslan, 44, berkata, dia menerima tajaan sebanyak RM10,000 bagi menjayakan majlis tersebut biarpun perancangan untuk mengadakan acara itu disaat - saat akhir.
"Alahmdulillah saya memang tidak menyangka pada usia 44 tahun masih ada pihak yang sudi menaja sambutan hari jadi saya. Sejujurnya saya tidak merancang pun untuk mengadakan majlis tersebut.
"Ini dinamakan rezeki biarpun perancangan untuk mengadakan majlis tersebut dibuat pada saat-saat akhir," katanya kepada mStar Online.
Majlis bertemakan retro itu mendapat tajaan daripada Morgage Capitals, Morazihan Malaysia Sdn Bhd, Adi Putra Dekor dan Sid Bake.

Pelakon dan pengacara, Didie Alias pula bertindak sebagai hos acara yang turut dihadiri oleh rakan artis seperti Lisdawati, Azza (Elite), Dior, Zima Din, Syed Ali dan Azmeer.

Dalam pada itu, Roslan berkata, dia juga teruja apabila majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran lebih 100 tetamu biarpun pada asalnya hanya menjangkakan 70 tetamu bakal hadir.

Jelas Roslan, sokongan yang ditunjukkan rakan-rakannya dan teman artis adalah hadiah paling istimewa kepadanya pada malam sambutan itu.
"Tiada apa yang saya harapkan selain daripada kesihatan yang baik, rezeki dan dikelilingi teman rapat yang sentiasa bersama saya dalam waktu susah dan senang.
"Alhamdulillah semua teman-teman rapat dan rakan artis ramai hadir pada malam itu bagi memeriahkan suasana," ujarnya.
Tapi yang kita hairan, kenapa bekas artis macam Si Ostazah Pening tu sebelum ini meroyan tak tentu arah kata artis ni susah sangat nak dapat rezeki? Adakah dia sendiri pun dah tak percaya kepada ketentuan Allah S.W.T serta menolak qada dan qadar? Korang fikir sendiri la!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping