Demikian yang dititah Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah berhubung kenyataan akhbar tempatan mengenai kebanjiran 30 ribu warga Bangladesh di tanah tinggi Cameron Highlands.
Titah Baginda, kenyataan itu bukan sahaja menakutkan rakyat Pahang, malahan baginda turut berdukacita berhubung kenyataan itu.
Baginda bagaimanapun tidak menafikan wujud pendatang asing warga Bangladesh yang diambil bekerja secara tidak sah. Namun jumlah yang digembar gemburkan di dada-dada akhbar SEBELUM INI adalah tidak benar.
"KITA TAK ADA SAMPAI 30 RIBU WARGA BANGLADESH DISINI,INI SEMUA KHABARAN - KHABARAN PALSU.
IN ENGLISH THE NEWS IS VERY DAMAGING.. TO MY RAKYAT. KITA TAK BOLEH CUBA CAKAP TANPA ADA INFORMASI YANG BENAR.
JANGAN CUBA NAK TAKUTKAN RAKYAT SAYA, TERUTAMA SEKALI DI CAMERON HIGHLANDS."
Sehubungan itu, baginda mahu semua pihak perlu mendapatkan maklumat sahih berhubung kenyataan itu daripada pegawai daerah Cameron Highlands, dan agensi-agensi terlibat.
"SAYA BERHARAP KEPADA TUAN - TUAN DAN PUAN - PUAN PERKARA NI KALAU NAK DIBUAT PADA MASA AKAN DATANG BERJUMPA PIHAK YANG BERKUASA.
MACAM DI CAMERON HIGHLANDS DATUK DO SAYA ADA DISINI. WE GIVE U WHATEVER INFORMATION U WANT. WE WILL NOT HIDE FROM U."
Baginda dalam pada itu turut bertitah, akan berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengatasi masalah kebanjiran warga asing di Pahang, terutama di Cameron Highlands.
Baginda sebelum itu ditemui pemberita selepas berkenan mencemar duli ke majlis taklimat bencana banjir dan tanah runtuh di bilik Gerakan Pejabat Daerah dan tanah Cameron Highlands.
Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri DiRaja Adnan Yaakob serta barisan Exco - Exco Kerajaan Negeri serta pegawai - pegawai Kerajaan yang berkaitan.
PS: Sendiri makan pengat, sendiri mau ingat la ye. Jangan marah ye...
Yang di takutkan ialah bila Pahang di tadbir oleh pihak yg tidak berkemampuan,satu demi satu kerusi BN tumbang dan akhirnya PRU 14 nanti Pahang jatuh ke tangan Pakatan.
BalasPadamBukan tak kemampuan...cuma ada org nak sgt jadi MB. Yg kala baru ni semua tempat cina..prgi la tengok...kalau pm betanding di kuantan pun lingkop. Tak da hai nya mb skrg ni...semua org buat keje lah. Kalau nak sgt jadi mb..itu lah jadinya...
PadamKesian rakyat pahang.... budaya sindrom penafian terlalu subur di bawah pentadbiran Dato Adnan.. sekali lagi MB pahang menunjukkan skil berlindung dibawah ketiak sultan.. hebat dia..
BalasPadamTahniah kepada pakatan rakyat.... ada sinar yang cerah di pahang
Siapa yang menteri besar Pahang sebenarnya ni. Sultan Pahang ke atau Dato Adnan. Confuse aku
BalasPadamLagi kesian tengok orang Pahang yang tak reti menghargai jasa Tuanku serta pentadbiran dibawah naungannya. Sesuka hati je pihak media nak buat cerita biarpun tak berlandaskan fakta yang betul. Main serkap jarang tak tentu arah. Penyudahnya memalukan diri sendiri. Kesian...
BalasPadam