Walaweh!!! Ini satu cerita menarik ni. Kalau cerita bab penyelewengan ni memang orang suka sangat nak ambik tau siapa yang terlibat dan dari mana dia dapat duit sebanyak itu.
Dengar - dengar ceritanya, ada seorang VVIP terkenal di Malaysia ni pernah menyewa sebuah bilik hotel yang berharga RM 8,000.00 disebuah Negeri sekitar kepulauan Borneo.
RINGGIT MALAYSIA LAPAN RIBU WOO!!! Gila tak Gila la VVIP tu. Bayaran khidmat di hotel tersebut termasuk dengan perkhidmatan lain yang disediakan. Kiranya semua "Full Package".
Maknanya, kos sewa bilik tu bukan sahaja termasuk makan pagi atau "Room Service" yang biasanya disediakan. Ianya termasuk juga 'full massage', jakuzi, spa, sauna dan sebagainya.
Yang herannya, nama Hotel tu tak de la famous sangat. Tapi dari apa yang diceritakan, memang hotel tu sering menjadi tumpuan pelawat - pelawat dari kalangan VVIP ni.
Bukan sahaja VVIP dari Malaysia, tapi ianya turut menarik perhatian golongan yang kaya raya dari luar Negara. Apa yang istimewa sangat pasal hotel tu pun tak tau la sampai begitu mahal harganya.
Persoalan yang bermain diminda korang sekarang mesti tertanya - tanya, siapa VVIP yang dimaksudkan ye tak. Itu tak boleh kita nak cerita. Cukup la setakat kita bagitau mengenai perkara tu sahaja.
Hakikatnya, itu membuktikan bahawa dikalangan rakyat Malaysia ni memang ada yang mempunyai kemampuan yang luar biasa sehingga tahap mampu untuk berbelanja sedemikian rupa.
Dari mana dia dapat duit sebanyak itu, itu antara dia dengan tuhan. Kita tak layak nak mempertikaikannya. Kira mudah, itu mungkin rezeki dia. Redha je la dengan apa yang kita ada.
Pokok pangkalnya, nak berjaya dalam hidup, kita perlu berusaha. Tapi kalau sampai tahap sanggup mempergunakan orang lain untuk kemewahan hidup, baik tak payah la.
Nak pulak bagi mereka yang bergelar Ahli Politik ni. Kalau setakat diorang jadi kaya raya dan dapat hidup mewah diatas kedudukan yang mereka miliki pada ketika ini, jangan la nak berlagak sangat. Ingat! Allah Maha Adil. Sekali Allah tarik segala kemewahan tu, Baru Padan Muka!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.