Selasa, November 04, 2014

Banyak blog yang telah menulis mengenai kononnya rasa MALU Najib dengan keadaan UMNO Selangor yang gagal melakukan perubahan. Benarkah begitu? Semuanya salah Noh Omar? Wajarkah?

Yang Najib kena tahu, waktu dia jadi Pengerusi Perhubungan pun, UMNO Selangor memang sudah kelam kelibut. Itu tara Perdana Menteri jadi Pengerusi Perhubungan. Bukan calang-calang orang.

Najib kena tahu, bahawa imej dia pun mengganggu gerakerja di UMNO/Bn Selangor. PM ingat dia taraf ‘A’ sangat sampai tak ada weaknesses.

Selangor ini bukan Negeri miskin. Negeri hebat. Rakyat terdidik. Rakyat ada kemampuan nak layari website dan tengok pelbagai cerita Dato’ Sri yang tak kurang juga kelam kelibutnya.

Selagi Najib takut dengan suara Ketua UMNO Bahagian, selagi itulah UMNO Selangor jadi tak tentu hala.

Layak benar Faisal Kapar jaga media sosial. Dia kaya raya. Sampai wakil rakyat negeri lain pun dia jaga. Bagi ratusan ribu ringgit sebulan.

Takkanlah dengan segala kekayaan Faisal Kapar yang tak habis 8 generasi media sosial Selangor boleh huru hara. Tak mungkin.

Najib tak usah nak tunjuk good-good dalam konvensyen. Ambil keputusan berani. Tukar mereka yang wajib ditukar. Jangan buat rakyat terus menyampah. Ketakutan Najib buat keputusan juga adalah punca kenapa UMNO Selangor tidak mampu bangkit. - #GelagatAnwar

PS: Patut letak cermin depan pemimpin - pemimpin UMNO ni. Suruh tengok diri diorang sendiri. Baru diorang nampak keadaan sebenar. Kalau tidak, selama - lamanya diorang akan terus berada dalam fantasi sendiri!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Haaa..betul la..knapa kita susah sangat nak mengakui kelemahan kita.Kadang2 kita kena teropong diri sendiri.Org lain salah,kita macam mana..?

    BalasPadam
  2. Masalhnya, hampir semua ahli Umno ada sindrom perasan maksum ni. bukan selangor je. tengokk tv, baca utusan- confirm imej yang akan terpahat dalam mind ialah semua pemimpin Umno terer giler... pehhh... takde nak buat silap nye, semua polisi tepat lagi sempurna tanpa cacat cela bagaikan diilhamkan oleh tuhan..oooppss! Umno lah tuhan di malaysia! takde yang buat silap, buat dosa, yang meliwat/ zina, minum arak, berjudi, kelentong orang, merasuah, salah guna kuasa etc... semua ahli maksum. takde polisi yang gagal, semuanya tepat dan sempurna.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anon 9.02
      Berhati-hati memberi pendapat. Jangan sampai jatuh syirik.
      Wakkahualam.

      Padam
  3. Elo brader.. Aku tgk umno rilek je mengaku salah silap.. Yg mana betul, diorg pertahan, yg mana x betul dari kem umno, diorg hentam terang2an..
    Tak mcm pakatan, pegang anjing halal, liwat pun halal, selfie romen2 pun halal ..

    Gentleman la bro cermin diri sendiri..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping