Percaya la! Si Ketua Penipu tu sendiri pun tak percaya pada isteri dia sendiri biarpun dah bertahun - tahun mereka mendirikan rumah tangga dan mempunyai cucu sampai hari ni.
Tapi, bagaimana mungkin puak - puak PKR tu boleh terpengaruh dengan Si Rafizi untuk menobatkan Si Wan Azizah tu sebagai calon Menteri Besar bagi menggantikan Si Khalid Ibrahim?
Sebenarnya, isu berkaitan dengan pencalonan Si Wan Azizah tu hanya gimik wayang puak - puak PKR tu je semata - mata. Niat diorang ialah untuk mencabar Undang - Undang Tubuh Negeri Selangor.
Hakikatnya, mereka ada agenda 'subversif' yang sengaja tidak mahu didedahkan kepada orang lain. Maka diorang hanya mempergunakan Si Wan Azizah tu sebagai Boneka dalam agenda Langkah Kajang.
Jika tidak, kenapa diorang menggunakan alasan mengenai perjanjian bekalan air mentah dan pembinaan Lebuhraya KIDEX untuk menyingkirkan Khalid Ibrahim tapi kemudian ambik tindakan bertentangan dengannya?
Sehingga hari ini, PKR masih lagi menutup mulut mengenai keputusan yang telah dibuat oleh Si Azmin berkaitan dengan dua projek yang menyebabkan Si Khalid Ibrahim tu tersingkir. (Klik Sini)
Berbalik kepada soal kenapa Si Ketua Penipu tu tak percaya kepada isterinya ada kaitan dengan tuduhan kes liwat dia terhadap Si Saiful tu yang ketika ini masih hangat diperkatakan.
Didalam hujah yang dibentangkan oleh pihak pendakwaan hari ini, disebut untuk sekian kalinya senarai barisan saksi Alibi yang telah dikemukakan oleh Si Ketua Penipu tu sebelum ini.
Dan diantara yang tersenarai ialah Si Wan Azizah, isteri kepada Si Ketua Penipu tu yang mana sebelum ini Si Ketua Penipu tu kata dia berada bersama isteri sewaktu kejadian liwat tu berlaku.
Maka persoalannya, kenapa Si Ketua Penipu tu enggan memanggil isteri dia sebagai saksi dimahkamah jika benar mereka berada bersama - sama pada ketika itu? Kan heran kita dibuatnya.
Apa sebab Si isteri tidak dipanggil ke kandang saksi? Adakah Si Ketua Penipu tu tak percaya yang isteri dia tidak mampu untuk menyelamatkan kemaluan dia didalam mahkamah?
Tidakkah dia sedar bahawa tindakan yang dilakukan tu hanya mendedahkan lagi kemaluan diri dia sendiri kepada khalayak umum. Itu membuktikan yang Si Ketua Penipu tu tak percaya pada isteri dia sendiri untuk menjadi saksi!!! Takkan itu pun masih ada yang tak faham jugak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.