Khamis, November 27, 2014

Kalau yang terkinja - kinja tu semalam budak sekolah tadika dapat gula - gula tak pe juga. Seronoknya bukan main. Bila ditanya, sedap sangat ke gula - gula tu? Diorang pakat angguk je.

Jika ditanya dengan lebih mendalam, apa yang sedap sangat gula - gula tu? Budak sekolah tadika tu sendiri pun tak reti nak jawab. Diorang setakat suka makan je. Apa yang sedap sangat diorang tak peduli.

Itu jugalah gambaran yang kita boleh berikan kepada sesetengah perwakilan muda yang cukup 'Teruja' dengan laungan yang diluahkan oleh Timbalan Presiden UMNO sebelum ini.

Ada yang kata, ianya satu ruang dan peluang untuk orang muda bergiat aktif dalam Politik. Tak kurang jugak yang memberi tanggapan, ianya mampu membuka pintu untuk orang muda memegang kepimpinan.

Ideanya adalah untuk menarik sokongan golongan muda kepada UMNO yang ditafsirkan sebagai sedang mengalami defisit sokongan dikalangan anak - anak muda belia pada ketika ini.

Maka, gerakan ke arah 'Meremajakan' parti pun dilaksanakan dan disebut - sebut oleh YAB Timbalan Presiden UMNO sewaktu majlis perasmian ketiga - tiga sayap UMNO itu sebelum ini.

Soalnya, apa yang dimaksudkan dengan Peremajaan parti itu sendiri? Sejauh mana yang difahami oleh perwakilan mengenai gerakan tersebut sebenarnya? Adakah mereka benar - benar faham?

Jika dilihat dari tafsiran yang dibuat oleh sebilangan besar perwakilan semalam, ianya menggambarkan seolah - olah UMNO nak bagi peluang kepada golongan muda bergiat didalam parti.

Tetapi, adakah itu yang sebenarnya cuba hendak disampaikan oleh Timbalan Presiden UMNO tu sebelum ini? Adakah itu yang cuba hendak diterapkan didalam UMNO hari ini?

Secara harfiahnya, pemahaman mereka yang berada dalam dewan perwakilan semalam, semuanya menganggap 'Peremajaan' parti itu didefinasikan secara literal. Maksudnya, orang muda akan menguasai kepimpinan di bahagian.

Persoalannya, Adakah benar itu yang cuba hendak diketengahkan oleh kepimpinan diperingkat atasan? Apa dia definasi sebenar 'Peremajaan' parti yang disampaikan oleh Timbalan Presiden UMNO tu?

Ada sesiapa yang bangkitkan soal ni semalam? Ada yang cuba menyuarakan hasrat sebenar yang cuba disampaikan oleh Timbalan Presiden UMNO tu? Atau mereka sendiri sekadar terkinja - kinja tak tentu pasal macam budak sekolah tadika dapat gula - gula!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. peremajaan umno bermaksud semua orang tua sila letak jawatan, orang muda bawah 40 tahun nak pulak berkuasa. tapi bimbang pulak yg muda berkuasa jadi gila kuasa pasal tak ada pengalaman. jadi nak memerintah ajer kerja dia dan kemudian nak berseronok.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping