Khamis, November 27, 2014

Wah!!! Ini satu perkara yang pelik ni. Betul ke Ahli Parlimen bagi kawasan Tasik Chini tu sendiri buat tak tau je dengan pendedahan yang disiarkan dalam akhbar tempatan sebelum ini?

Dengar - dengar kata, pihak akhbar tempatan tu sibuk berbenor mengedarkan akhbar mereka kepada pihak perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO tu sejak semalam.

Dan turut dilaporkan, pihak akhbar tersebut juga berada disekitar kawasan PWTC sepanjang Perhimpunan Agung UMNO tu berlansung. Jadi, kemungkinan untuk jumpa dengan Ahli Parlimen kawasan Tasik Chini tu memang ada.

Tinggal lagi, nak ke tidak je wartawan dari akhbar tempatan tu pergi mencari Ahli Parlimen tersebut. Takkan dia tak datang lansung ke Perhimpunan kali ini ye tak. Dia pun ahli UMNO jugak.

Kalau nak dikirakan, semua ahli UMNO di Malaysia ni akan berhimpun di PWTC ni, biar pun dia bukan seorang perwakilan. Bak kata orang Ulu Cheka, "Everybody who's anybody is here".

Jadi, takkan la Ahli Parlimen bagi kawasan Tasik Chini tu tak perasan dengan gelagat dan aksi pihak akhbar tempatan itu sedang mengedarkan akhbar mereka kepada mereka yang datang?

Seperti mana yang dinyatakan sebelum ini, pendedahan yang dibuat oleh akhbar tempatan itu merupakan satu tindakan yang cukup baik dan memang wajar dilakukan.

Bagi pihak Kerajaan, pendedahan itu boleh memberi input ke arah penambah-baikkan urustadbir. Maka sebab itu pendedahan tersebut dianggap satu tindakan yang wajar dilakukan.

Bahkan, ianya menunjukkan komitmen yang tinggi bagi pihak akhbar tersebut membuktikan keprihatinan mereka terhadap isu penjagaan alam sekitar. Itu dikira sebagai tanggungjawab sosial mereka.

Setidak - tidaknya, bagi rakyat diperingkat bawahan, mereka boleh melihat dan menilai sejauh mana peranan yang dimainkan oleh Ahli Parlimen yang telah dipilih dalam PRU yang lalu.

Diorang boleh tengok sama ada Ahli Parlimen mereka tu ambik berat atau pun tidak terhadap kawasan dibawah Parlimennya sendiri. Adakah Ahli Parlimen mereka menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan.

Maka memang sewajarnya pihak akhbar tersebut mencari kebenaran dan berjumpa dengan Ahli Parlimen berkenaan bagi mendapatkan penjelasan dari pihaknya. Kalau itu pun Ahli Parlimen tu tak boleh buat, jangan nak disalahkan orang lain pulak!!!
Categories:

3 ulasan:

  1. Ini kerja MENTERI BESAR dan jentera kerajaan. Negeri Pahangggg ... beso sangat ke yob hingga ahli parlimen pula yang disuruh buat kerja.

    ADUN pun sama tidor dengan MB ke Yob?

    Asyik salahkan orang saja ni macam nak cover untuk orang. Bos MB sapa? Takkan Tok Najib yang dikhuatiri? Takyah selindung, sedunia tahu surat kuning dari mana datang.

    BalasPadam
  2. Ahli Parlimen yang hampas tak buat kerja ni boleh suruh dia berundur. Dah lama sangat dah pegang jawatan. Kawasan sendiri pun tak reti nak jaga. Balik pun sekali sekala. Tak mendatangkan faedah langsung jadi Ahli Parlimen. Pembangunan masyarakat pun diabaikan begitu saja. Apa yang dia buat jadi Ahli Parlimen? Berenti je la!!! Tak payah menyusahkan orang lain!!!

    BalasPadam
  3. Masing-masing buat kerja... Jangan cari salah ... Cari jalan selesai masalah

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping