Rabu, November 26, 2014

Itu persoalan yang bermain diminda apabila ada dikalangan pemimpin UMNO yang dilihat 'Kepanasan' selepas ditegur oleh Tun Dr. Mahathir. Kenapa perlu ada yang emosional sangat?

Hakikatnya, teguran yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir tu memang sudah lama disuarakan oleh rakyat diperingkat bawahan. Keluh kesah rakyat perlu didengar oleh pemimpin diperingkat atasan.

Bahkan dalam artikel yang disiarkan melalui laman blog Chedet itu sebelum ini turut menyatakan bahawa teguran secara tertutup sudah pun dibuat. Namun tidak mendapat reaksi.
"Pemimpin pula perlu dengar teguran ini dan ambil berat pandangan wakil. Janganlah selalu mendengar orang tertentu yang dikeliling kita sahaja. Yang mengeliling orang yang berkuasa tidak baik bagi mereka.
"Sebenarnya sudah saya tegur secara tertutup berkali-kali, terutamanya berkenaan masalah Bumiputera dan Umno. Tetapi tidak berkesan. Teguran secara terbuka terpaksalah dibuat," katanya.
Maka sebab itu teguran terbuka seperti mana yang disiarkan dalam laman blog tersebut dibuat bagi mendapatkan perhatian dari mereka yang berkenaan. Adakah itu pun salah?

Jika kita lihat dari kenyataan yang dikeluarkan semalam, seolah - olah ianya memberi tanggapan Tun Dr. Mahathir ni tak tau adap nak menegur pemimpin. Adakah Tun seorng yang tau tau beradap?

Soalnya, cara mana lagi yang perlu dilakukan untuk pemimpin diperingkat atasan mendengar apa yang diluahkan oleh rakyat jika ianya dibuat secara tertutup tidak diendahkan?

Cara apa lagi yang ada seandainya rakyat diperingkat akar umbi menyuarakan pandangan, mendesak agar Akta Hasutan dikekalkan tetapi ianya tidak diambil peduli oleh pihak yang terlibat?

Isu mengenai soal menegur sikap pemimpin ini dah banyak kali dibuat, sama ada diperingkat mereka yang picisan seperti blog ini mahupun dikalangan mereka yang duduk dikedai kopi.

Tapi adakah semua itu diambil maklum oleh pemimpin yang berada dipuncak penguasaan? Kalau ada pemimpin yang cakna, sudah tentu artikel yang ditulis oleh Tun tu takkan disiarkan.

Persoalannya sekarang, UMNO mahu ahli diperingkat akar umbi bersama - sama melakukan Transformasi. Maka ianya perlu dilakukan dari peringkat atas dan kemudian dibawa ke bawah. Baru la layak digelarkan sebagai 'Kepimpinan Melalui Tauladan'!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Cili yg mereka termakan tu mungkin cili padi.
    Terlalu pedas hingga mendesingkan telinga.
    Yg tak makan cili tu tak apa-apa.... malah selesa dan gembira dgn teguran Tun itu.

    BalasPadam
  2. Kalau tak faham jangan pandai lontarkan tomahan, buat pengetahuan Tun bukan lagi VVIP Umno, beliau hanyalah ahli biasa sebab itu beliau ada hak untuk bersuara dan memberi pandangan kearah yang lebih baik. Kalau tak faham tolong buat faham.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping