Isnin, November 03, 2014

Dah kena pecat pun, Si Khalid ni masih mengancam PKR???
Nampak gayanya, puak - puak PKR ni masih tak berpuas hati biar pun mereka sudah berjaya menggugurkan Si Khalid Ibrahim tu dari kerusi Menteri Besar Selangor.

Malah usaha mereka untuk menyingkirkan dia dari menjadi ahli parti juga boleh dianggap berjaya. Namun, kenapa Si Khalid Ibrahim tu masih dianggap sebagai satu ancaman?

Seperti mana yang didakwa oleh Si Faekah Husin tu sebelum ini, usaha yang dilakukan oleh segelintir pemimpin PKR terhadap Mantan Menteri Besar Selangor tu perlu dihentikan.

Kata Si Faekah tu dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa keputusan PKR memecat keahlian Si Khalid Ibrahim tu tidak akan menghalang dia untuk terus berkhidmat kepada rakyat.
"Khalid komited meneruskan pelbagai inisiatif dan aktiviti sebagai wakil rakyat, dan PKR – parti yang kononnya memperjuang keadilan untuk semua perlu berhenti dari amalan politik kebudak-budakan, tamak dan melampaui batas." ujar Faekah kepada media.
Persoalan utamanya, kenapa Si Khalid Ibrahim tu masih dianggap musuh dan terus diperangi oleh pemimpin - pemimpin PKR tu? Kenapa diorang masih lagi tak puas hati dengan dia?

Dari satu sudut, tindakan yang dilakukan oleh pemimpin PKR seperti yang didakwa oleh Si Faekah tu menjelaskan bahawa mereka kini mula takut dengan bayang - bayang sendiri.

Hakikatnya, usaha nak memburukkan Si Khalid Ibrahim tu sebenarnya hanya untuk menutup kemaluan yang telah didedahkan oleh Si Menteri Baru Selangor yang baru tu.

Jika sebelum ini, alasan PKR yang membuat keputusan memecat keahlian Si Khalid Ibrahim tu adalah kerana dia telah membelakangkan keputusan yang dibuat oleh parti.

Selain enggan akur dengan keputusan PKR untuk berundur dan memberi laluan kepada Wan Azizah menjadi Menteri Besar, beberapa isu juga turut dibangkitkan oleh PKR.

Diantaranya, perjanjian bekalan air mentah yang dibuat dengan pihak Kerajaan Pusat serta pembinaan Lebuhraya KIDEX yang turut mendapat bantahan dari kalangan pemimpin DAPigs. (Klik Sini)

Nah! Sekarang, kenapa diorang tak buat langkah yang sama terhadap Si Azmin Ali tu yang jelas mempersetujui dua isu yang telah dibangkitkan terhadap Si Khalid Ibrahim tu?

Kenapa diorang tak mendesak agar Si Azmin tu letak jawatan kerana bersetuju untuk meneruskan perjanjian bekalan air mentah serta projek pembinaan Lebuhraya KIDEX tu?

Kalau setakat pandai bercakap dan membuktikan yang diri mereka tu dari kalangan manusia yang MUNAFIK apa gunanya!!! Nampak sangat la yang diorang ni semuanya berjuang demi untuk kepentingan diri sendiri, bukannya untuk kepentingan rakyat!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping