Ahad, November 09, 2014

Penulis Rencana dalam Utusan hari ini dilihat agak emosional apabila mengulas mengenai sesi sidang media yang diadakan bersama YAB Menteri Besar Pahang baru - baru ini berhubung isu kebanjiran pendatang asing khususnya dikalangan warga Bangla di Cameron Highland.

Apa yang pasti, ulasan yang dibuat oleh Si Penulis rencana tu dilihat tidak berapa wajar kerana ianya tidak merujuk kepada isu utama yang dibangkitkan oleh MB Pahang sewaktu sidang media tersebut diadakan.

Isu utamanya ialah mengenai tajuk yang disiarkan oleh Utusan baru - baru ni. Kenapa pihak Utusan memilih tajuk 'Cameron Highland Di Tawan' bagi ruang muka hadapan? Itu persoalan pokoknya. 

Perkataan 'DITAWAN' tu seolah - olah satu percubaan untuk menyatakan bahawa pihak Kerajaan Negeri tak buat kerja sehingga terdapat begitu ramai bilangan pendatang asing dikawasan tersebut.

Tajuk itu hanya dilihat sebagai satu tindakan 'Sensational Stance' oleh pihak Utusan untuk melariskan jualan dan seterusnya cubaan untuk memburukkan imej pentadbiran MB Pahang.

IRONIKnya, Si Penulis kata MB Pahang tidak boleh menerima teguran. Habis, yang penulis terasa tu kenapa? Bukan ke itu membuktikan yang dia jugak tak boleh terima teguran?

Tak boleh mereka yang mewakili Utusan tu terima kritikan dan teguran yang dibuat oleh MB Pahang mengenai Euphemisme iaitu melembutkan bahasa dalam penulisan?

Soalnya kenapa Penulis tu tak sebut yang MB Pahang beri penghargaan dan ucap terima kasih kepada pihak Utusan kerana telah membangkitkan perkara tersebut didalam media?

MB Pahang jelas menyatakan bahawa dia mengalu - alukan pendedahan sedemikian agar pihak Kerajaan Negeri dapat melaksanakan penambah-baikkan dimasa akan datang.

Perkara itu telah disebut diawal sidang media dan kemudian turut diulang semula diakhir sidang media diadakan. Kenapa perkara itu tidak dinyatakan dalam rencana hari ini?

Yang herannya, kenapa isu mengenai emosi MB Pahang itu yang menjadi fokus utama Si Penulis sedangkan persoalan pokok mengenai kehadiran pendatang warga asing tu diabaikan begitu sahaja? (Klik Sini)

Hakikatnya, persoalan yang dibangkitkan oleh Utusan mengenai pendatang asing itu sudah pun dijelas dan dijawab oleh MB Pahang. Mungkin jawapan itu membuatkan mereka hilang punca.

Tapi, adakah itu memberikan mereka hak untuk mempersoalkan peribadi MB Pahang dan membuat dakwaan kononnya MB beremosional sewaktu mengendalikan sidang media?

Soal pokoknya dalam sidang media tersebut adalah mengenai kehadiran pendatang warga asing. Bukannya mengenai respon yang diberikan oleh MB Pahang ketika sidang media diadakan.

Dan persoalan yang paling utamanya, adakah Si Penulis rencana dalam Utusan tu turut hadir dalam sidang media bersama MB Pahang yang menjelaskan mengenai keadaan di Cameron Highland? Atau, dia hanya sekadar dengar "Hearsay" dari stringer dia je?

Jika dia tak turut serta, maka apa hak dia untuk buat dakwaan mengatakan yang MB Pahang beremosional sewaktu mengedalikan sidang media tersebut? Kalau setakat duduk atas kerusi empuk dipejabat dan buat rencana berdasarkan kepada 'Hearsay', baik tak payah!!! Jangan cemarkan etika kewartawanan semata - mata nak kejar hasil jualan!!!
Categories:

9 ulasan:

  1. Penulis tu ada dendam peribadi dgn ds adnan agaknya. Biasalah.

    BalasPadam
  2. Awang Selamat..
    Kerap kluarkan isu panas
    Mgkn dah rasa hebat kot
    X pun jeles sbb Phg menang Piala Malaysia

    X pun Awang rasa dia hero
    Utusan asyik label diri sendiri sbg hero Melayu
    Perasan mcm bagus
    Tp haram x bagus langsung

    Klu org tegur.. ada pulak balaci UMNO cpt2 back up
    Itu pasal org Utusan naik lemak

    Dulu aku baca Utusan tiap2 hari..
    Sanggup mlm pun cr.. klu x spmt beli siang

    Tp dlm thn lepas.. ada sedara terlibat kes mahkamah.. Utusan kluarkan berita x tepat..
    Aku terus stop beli Utusan

    Bg aku..Utusan x bnyk beza mcm sampah sarap lain spt Keadilan danHarakah.. just cr publisiti. Berita x betul pun main hentam saja

    BalasPadam
  3. Banyak pihak sudah merasa bahang pendedahan Utusan,semuanya menrima dgn baik dan cuba memperbaiki kelemahan mereka.MB Pahang ni tak tahu lah,kalau aku MB aku terima kasih banyak pada Utusan.Sebagai rakyat biasa pula aku sayang Utusan berbanding seorang MB yg memang tak pernah ada sesuatu yg umpph selama beliau mentadbir.Kalau tak kerana PM Najib yg bayak bantu memajukan Pahang ,tak thulah Pahang macam mana.Anak-anak syarikat Negeri Pahang semuanya hidup segan mati tak mahu begitu juga agensi nya.Progrem utk membangunkan rakyat oleh kerajaan negeri tak nampak apa pun.Pembangkang pula semakin mendapat tempat di hati rakyat.Umno Pahang 2X5 dgn Umno Selangor je,tak ada progrem yg agresif utk meningkatkan pengaruh dikalangan rakyat.Pahang memang memerlukan pemimpin MUDA yg agresif dan pro aktif.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ckp senang..
      Cam puki bewak
      Tp sayang

      Pki ANON jer..
      Hahaha

      Serupa org berak atas jambatan..
      Tp kepala tutup kain sarong

      Pttuuiiiii !!

      Aku - Umno Pendang

      Padam
  4. wartawan kena belai dan manja-manja baru keluar cerita baik2, kalau tak... habis kena hentam.. itulah realitinya...kuasa 'pena' mampu menggegar dunia... kalo ada function besar kena sedia makan n goodies baru senyum... jangan marah...

    BalasPadam
  5. Kita yang diluar Pahang pun tahu apa yang berlaku disana, jadi tak perlu lah nak "cover" MB Pahang ni sangat.

    BalasPadam
  6. Adnan pun kena pro laa... org lain pun kena tegur jugak tapi tak de menggelupur sampai tahap cam ni.. Ketua polis pun relax je.. tak emosional pun... lagi teruk dia kena komen.... tapi benda betul terjadi.. terima la dgn hati terbuka.. ini sibuk nak salahkan utusan semula...

    Pergi la ke cameron highland lihat la sendiri.... bangla dimana-mana... di kebun.. diladang... berniaga di kaki lima... berniaga di pasar malam... berniaga di kedai runcit... penyambut tetamu di hotel.. car wash.. pendek kata dimana -mana... kemudian lihat lah tanah di tarah.. pemandangan ini boleh dilihat dimana-mana... yang adnan nak marah utusan tu sebab apa... kalau utusan tak dedahkan sampai bila-bila lah benda ni berlanjutan...

    kepada adnan.... jangan nak salahkan media lah.... tiba-tiba dengan dia media nak kena guna ayat yang lembut-lembut pulak....... peeeegi daaahh

    BalasPadam
  7. Ini buka cerita nak kutuk DSA tapi perkara ini DAN PENCEROBOHAN HARAM TANAH KAT SITU dah berlaku tahun sudah dan tahun2 yang sebelumnya. APA TINDAKAN KERAJAAN NEGERI PAHANG DAN AGENSI2 PENGUATKUASAAN yang ada kat tempat tu????? Tak kan semua nya BUTA DAN TULI??? Gaji semua nak besaq tapi nak PIKUL TANGGONJAWAB DOK TEPIS MENEPIS. Ini yang buat rakyat naiK meluat kat pemerintah ataupun.....adakah ini perbuatan terancang nak JATUHKAN KERAJAAN YANG MEMERINTAH???? Nak tuding jari kat DSN pulak ke?????

    BalasPadam
  8. utusan dan metro....semua sama. Keluarkan berita menggunakan bahasa mengikut kepala lutut. mana ada terfikir akan soal orang yang boleh tersinggung dan menyampah dengan bahasa yang mereka gunakan? sayang bahasa yang melambangkan bangsa dan Negara di permainkan kerana mengejar nama, pangkat, populariti dan duit poket semata - mata.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping