Ahad, November 09, 2014

Sama ada sedar atau pun tidak, isu mengenai kebanjiran pendatang asing dikawasan Cameron Highland masih lagi menjadi satu isu yang dipersoalkan oleh beberapa pihak.

Namun, fakta sebenar mengenai kehadiran pendatang warga asing tidak pulak diterangkan dengan lebih jelas agar mereka yang berada diluar lebih memahami mengenainya.

Soal pokoknya, kedatangan pendatang warga asing ini adalah bagi mengisi ruang pekerjaan yang dibuka oleh pengusaha - pengusaha pertanian yang menjalankan kegiatan mereka dikawasan tersebut.

Mengikut kajian Jabatan Pertanian Malaysia, setiap se - hektar tanah pertanian ini memerlukan seramai 4 orang tenaga kerja (Minima) untuk mengusahakan hasil tanamannya.

Di Cameron Highland, jumlah kawasan pertanian yang sah mendapat kelulusan dari pihak berkuasa yang diusahakan adalah seluas 7,528 hektar yang terdiri dari ladang teh, kebun sayur, tanaman bunga dan buah - buahan.

Jika jumlah tenaga kerja itu didarab dengan keluasan tanah pertanian yang diusaha bagi kawasan tersebut, ianya memerlukan sekurang - kurangnya seramai 30ribu orang pekerja.

Maka, anggaran yang dibuat oleh pihak media sebelum ini yang mendakwa kata Cameron Highland telah "DITAWAN" tidak jauh bezanya dari kajian yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian.

Dan jumlah tenaga kerja seramai 30ribu orang itu hanya pada kadar minima. Bukannya pada kadar sebenar yang diperlukan oleh para pengusaha pertanian dikawasan tersebut.

Soalnya, dimana pihak pengusaha nak mencari tenaga kerja seramai itu? Ada orang Melayu yang nak bekerja sebagai pekerja kebun sayur? Ada orang Cina nak bekerja dikebun tanaman orang lain?

Itu persoalan utamanya. Jika ada dikalangan orang Malaysia sendiri nak bekerja diladang - ladang teh, kebun - kebun sayur, bunga dan buah - buahan, sudah tentu isu kebanjiran warga asing ini tidak akan timbul.

Dan kita juga perlu ingat. Pengusaha - pengusaha ladang pertanian yang kebanyakkannya terdiri dari kalangan bangsa Cina ni lebih memikirkan soal keuntungan dari soal kos tenaga kerja.

Mereka lebih rela membayar gaji yang sedikit asalkan keuntungan yang dimiliki jauh lebih lumayan. Maka sebab itu mereka lebih cenderung nak ambik tenaga kerja dari luar.

Dan kita juga kena ingat, Ladang Rakyat milik Negeri Kelantan juga terletak berhampiran dengan Cameron Highland memandangkan ianya jauh lebih dekat dari Pekan Gua Musang, maka mereka memilih untuk tinggal disitu.

Kesimpulannya, isu mengenai Kebanjiran pendatang asing di Cameron Highland tu tidak sewajarnya menjadi satu persoalan jika rakyat Malaysia sendiri rajin berkerja untuk mencari nafkah dibumi mereka sendiri. Bukan hanya sekadar mengharapkan bantuan orang lain!!!
Categories:

2 ulasan:

  1. hahaha....
    bukan setakat pekerja aje yang dibangkitkan tapi banyak lagi....
    kalau setakat jadi kuli ok lagi.....
    Ni dah jadi boss....ape cer
    nak manpu pun agak-agak le admin.....jangan menang sorak, kampong tergadai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha... rilek la beb... jgn la melatah cepat sangat... banyak lagi isu lain ek? Tu baru dijelaskan mengenai keperluan pekerja beb... bab yang jadi kuli pun ada disebut jugak...

      dah baca ke artikel yang ni - http://khabarpahang.blogspot.com/2014/11/dilemma-tentang-isu-kebajiran-pendatang.html

      Kalau belum baca, jangan cakap banyak beb... nanti malu diri sendiri...

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping