Khamis, November 27, 2014

Menteri Besar Azmin Ali memberitahu dewan negeri semalam, bahawa mereka masih dalam proses penelitian mengenai kesan yang akan ditanggung oleh rakyat sekiranya tarif air ini dinaikkan.

“Ketika ini kerajaan negeri sedang meneliti implikasi ke atas rakyat sekiranya tarif dinaikkan dalam tempoh terdekat. Kerajaan negeri sedang membincangkan dengan pihak air Selangor untuk mengkaji pendirian kerajaan negeri bagi membela dan menjamin hak pengguna dan rakyat di Selangor,” katanya ketika menjawab pertanyaan mulut ADUN Andalas Dr Xavier Jayakumar.

Pelarasan tarif air itu adalah inisiatif kerajaan negeri dan bukannya permohonan terdahulu syarikat konsesi air, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), ujar Azmin.

SYABAS sebelum ini berkali-kali menghantar permohonan untuk menaikkan tarif air, namun ditolak bekas Menteri Besar sebelum ini, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun, selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) penstrukturan semula industri air Selangor, Khalid sendiri memaklumkan kerajaan negeri memikirkan keperluan semakan tarif air serta kuantumnya kepada pengguna, ujar Azmin.

Berdasarkan MoU antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor itu, tarif air di Wilayah Persekutuan dan Putrajaya perlu dinaikkan berikutan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2) dan sistem agihannya.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTha) sebelum ini memberitahu kerajaan Selangor melalui anak syarikat miliknya yang akan menetapkan keperluan bagi sebarang semakan tarif air.

Azmin kemudiaanya berkata tindakan membuat semakan semula itu diambil bagi memastikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Selangor.

“Dalam pada masa yang sama kerajaan negeri akan memastikan bahawa air Selangor dapat memberikan perkhidmatan bekalan air yang cekap, efisien,” katanya.

Februari lalu, kerajaan Selangor dan Putrajaya menandatangani MoU untuk mengambil alih ekuiti empat syarikat konsesi, iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd, Syabas, Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash), dan Konsortium ABBAS Sdn Bhd (Abbas).
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping