Punah!!! Nampak gayanya isu kejadian buli ni dah semakin berleluasa. Kali ni, video klip kes buli terbaharu melibatkan remaja perempuan menjadi viral selepas dimuat naik di laman Youtube, awal minggu ini.
Video klip berdurasi selama enam minit tiga saat itu menunjukkan sekumpulan remaja perempuan lebih kurang lima orang memukul seorang remaja di kawasan tandas awam.
Dalam ada masa yang sama, seorang lagi rakan mereka bertindak merakamkan kejadian yang dipercayai berlaku di Kelantan berdasarkan dialek yang digunakan oleh mereka.
Mangsa hanya dilihat cuba berdiam diri ketika rambutnya ditarik, malah turut ditampar, disepak dan dibelasah menggunakan lutut sehingga terjatuh. Aksi buli yang bermula di dalam tandas dipercayai tandas awam itu berlarutan hingga ke luar.
Berdasarkan perbualan yang dirakam itu, kumpulan terbabit bengang dengan remaja yang berusia 16 tahun itu kerana dikatakan 'bermulut jahat'.
Selepas dipukul dan diherdik kerana tidak berpuas hati dengan kelakuan remaja itu, video itu berakhir dengan kumpulan remaja berkenaan tanpa perasaan kasihan menyuruh remaja itu pulang.
Semoga pihak berkuasa cari sampai kelubang cacing jgn dibiarkan terlepas bagitu aja mana waris dok tunggu apa takkan nak biar aja.
BalasPadamKalau la aku jupe mek2 tu mmg mkn penampar sekor2...pastu aku bawak kt mak bapak diorang...cit!
BalasPadamganazzz .... I like
BalasPadamKelantan KAH ?........SERAMBI mekah...
BalasPadamOtak nya belom berhubong. Kena tanya Wardina. Pakar Gengstarizem
BalasPadamapa polis bolih buat kes macam nie. jangan sorok sorok masuk Dalam berita perdana TV1, TV3 baru mak bapak mereka tahu perangai anak anak mereka. kenapa hukum hudud perlu sebab bagi pengajaran kepada orang lain. Malaysia suka sorok sorok benda yang tak elok. kalau bab bodek semua dapat liputan. think out of the box lah sikit.
BalasPadamMembanggakan ibu bapa,mungkin masuk tv 3 ne..
BalasPadamBangganya mak bapak, anak nak masuk tv3,
BalasPadamIni pompuan betui2 sudah jadi rakyat hakim negara slogan PR... salah Anwar jugak ni...
BalasPadam