Isnin, November 10, 2014

Hah! Ni apa cerita pulak ni? Kenapa pulak Wanita UMNO bertindak membuat bantahan terhadap pemansuhan Akta Hasutan yang direncanakan oleh YAB Perdana Menteri ni?

Adakah ini satu lagi konspirasi peringkat tertinggi yang dilakukan oleh pihak tertentu terhadap Perdana Menteri dengan niat nak melaga - lagkan Ketua Wanita? Atau, ada pihak yang dah tersalah lapor ke?

Kalau boleh hari ni atau esok, mana -  mana pihak yang berkenaan keluarkan la tajuk besar - besar ek. Bagi seluruh dunia tau, WANITA UMNO BANTAH PRESIDEN. Baru la gempak!!! Gerenti laris mengalahkan goreng pisang PANAS!!!!
ZAMKATA - Walaupun telah dijelaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib bahawa beliau bukan bermaksud untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948 tetapi kebanyakan rakyat terutama UMNO sendiri  mengambil kesimpulan itulah hasratnya yang sebenar..

Selain dari bantahan  yang telah pun dibuat oleh beberapa bahagian UMNO ,hari ini   perhimpunan lebih 500 orang Wanita UMNO di Ibu Negara telah  mengambil keputusan untuk menyampaikan memorandum bantahan kepada Datuk Seri Najib. 

Mereka membuat keputusan itu setelah menghadhiri perjumpaan untuk memahami Akta Hasutan 48 yang dianjurkan oleh Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.

Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Sharizat menyatakan bahawa ketiadaan undang - undang itu kelak akan menimbulkan  suasana kebimbangan yang melibatkan kedudukan agama,bangsa dan juga raja raja.

Datuk Seri Najib telah mengumumkan hasratnya untuk meminda Akta Hasutan 48 dalam usahanya untuk meluaskan lagi dasar libralisiasi dan demokrasi Malaysia setelah beliau membuat keputusan sendirian menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang menimbulkan bantahan dari bekas bekas Pegawai Tinggi Polis dan tentera dan juga dari bekas bekas Hakim dan berbagai pertubuhan Melayu..


Adalah dijangkakan tekanan semakin hebat akan didatangkan oleh UMNO dari seluruh negara menjelang Mesyuarat Perwakilan Tahunan  UMNO tidak lama lagi terutama sekali diatas konsep Kesederhanaan (Moderation) yang dikemukakannya yang lebih banyak mendatangkan kesan negatif terhadap kedudukan agama Islam  dan maruah orang Islam di negara ini walaupun memberikan imej  baik keluar negara.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping