Petikan dibawah dari blog sahabat SH, Cucu Tok Selampit memaparkan gambar aksi 'Panas' adik Menteri Besar Selangor datang memberikan bantuan kepada mangsa banjir.
Setidak - tidaknya, ada jugak la inisiatif dia nak turun dan meliht sendiri keadaan yang melanda rakyat pada ketika ini. Tak de la setakat pandai menyalak dalam laman media sosial.
Tak de la dia menujukkan sifat hipokrit sesetengah pihak yang hanya sekadar tau nak mengkritik dan mempertikaikan orang tak tentu arah dalam keadaan seperti hari ini.
Tak serupa la macam Si Ketua Penipu tu yang sampai hari ni pun masih tak nampak batang hidung. Lansung tak nampak sikap prihatin dan simpati terhadap apa yang menimpa rakyat!!! Nama je nak jadi pejuang rakyat. Tapi bila rakyat ditimpa musibah, dia pun hilang!!!
Tidak cukup dengan kedatangan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali ke Kelantan untuk menghulurkan sumbangan, Alhamdulillah, adik MB Selangor, Azwan Ali hari ini muncul dibumi Kelantan dengan tujuan yang beliau sendiri mengetahuinya.
Orang datang menghulurkan bantuan dan menolong apa yang perlu, Azwan Ali pula muncul untuk sekadar bergambar dan ber'selfie'. Dunia ... Dunia ...
Namun seburuk-buruk adik MB Selangor ini bergambar, sekurang-kurangnya beliau turun jugak ke Kelantan.
Tidak seperti Mamat di bawah ini suami isteri yang masih lagi leka dengan percutian keluarga. Inilah cara mereka menghargai penyokong-penyokong tegar mereka.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.