Isnin, Disember 29, 2014

Heran jugak dengan puak - puak Parti Angguk Saja ni. Orang buat la apa pun pada diorang, tapi diorang tetap jugak sanggup merelakannya dan boleh pulak buat - buat tak tau. 

Biarpun diorang dihina dan dimaki hamun secara terang - terangan, namun semua itu tidak membawa sebarang perubahan terhadap keputusan yang telah dibuat sebelum ini.

Walaupun diorang dilabelkan sebagai Pengkhianat kerana tetap mahu melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan, itu tidak mengubah prinsip yang telah mereka buat sebelum ini.

Masih lagi diorang nak mencacai mencari jalan untuk memenangi hati puak - puak DAPigs tu. Persoalannya, adakah mereka sudah hilang maruah diri yang selama ini dijulang tinggi?

Ke mana perginya integriti serta kredibiliti yang selama ini dibangga - banggakan sangat tu? Adakah ianya sudah hilang dek kerana 'Tahluf Siyasi' mereka yang songsang dalam Pakatan?

Semalam, untuk sekian kalinya nada Si Pak Mus dilihat seolah - olah cuba untuk mencari pengampunan dari puak - puak DAPigs berkaitan dengan soal perlaksanaan Hukum Hudud.

Kata Pak Mus, PAS tidak mahu menghabiskan masa bergaduh dengan DAPigs sehingga mengakibatkan kedua - dua parti itu sendiri "Tenggelam didalam banjir" hanya kerana Hudud.
"Kami tidak mahu bertengkar mengenai hukum hudud, nanti kedua-duanya (Pas dan DAP) tenggelam dalam banjir," katanya.
Soalnya, kenapa pulak Si Pak Mus tu beria - ia nak selamatkan puak - puak DAPigs dari 'Tenggelam' dalam banjir? Apa faedahnya yang diorang akan dapat dari tindakan tersebut?

Jika dilihat dari satu sudut, apa yang dilakukan oleh Pak Mus tu hanya sekadar satu cubaan untuk "Melepaskan Anjing Yang Tersepit". Kemudian hari, diri sendiri juga akan digigit.

Kalau diikutkan, biar lantak la puak - puak DAPigs tu nak tenggelam dalam banjir sekali pun. Kalau nak diselamatkan diorang pun tak mendatangkan sebarang manfaat pun.

Hakikatnya, DAPigs akan selama - lamanya menentang perlaksanaan Hukum Hudud. Perkara itu sudah dimaklumkan secara terbuka oleh mereka sebelum ini. Takkan Pak Mus tak faham jugak?

Kesimpulannya, tindakan Si Pak Mus tu memang satu perkara yang kita boleh jangka sebab kebanyakkan pemimpin PAS hari ini hanya sekadar berjuang demi kepentingan Politik Peribadi diri mereka sendiri. Bukannya diorang berjuang untuk rakyat!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Pengelola blog ini Tengku Dollah ke?????????????

    BalasPadam
  2. Sbb Dap ada video pak mus yg lain2. Masa pas dok melawan ckp kit siang soal hudud, masa tu jgklah video dia menutuh tu keluaq.

    BalasPadam
  3. Kalau berjuang utk hawa nafsu camni la. Hudud tu modal utk bodohkan Melayu yg kemaruk nk masuk syurga free. Kalau ikhlas utk memartabatkan Islam patut tak peduli apa halangan di depan kerana Allah ada. Tak yah nk bertenggek pd kafir harbi

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping