Rabu, Disember 24, 2014

Memang sungguh memalukan!!! Hanya itu sahaja kesimpulan mudah yang dapat kita buat apabila membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh ADUN dikalangan Pakatan Haramjadah ni.

Kita ingatkan selama hari ini diorang berjuang untuk memastikan kebajikan rakyat itu dijaga dan dibela. Tapi rupanya, mereka hanya berjuang untuk kepentingan diri sendiri je.

Tak habis - habis lagi diorang menyalak dan membuat tuntutan terhadap peruntukan tambahan dari pihak Kerajaan Negeri Pahang atas alasan untuk tujuan pembangunan?

Soalnya, kenapa diorang beria - ia sangat nak buat tuntutan tersebut sedangkan sebelum ini diorang mendabik dada mengatakan yang mereka tidak memerlukan bantuan dari orang lain?

Jika diperingkat akar umbi, diorang siap pukul canang kata yang diorang bergerak atas inisiatif sendiri. Sanggup keluar duit poket untuk membantu rakyat yang memerlukan.

Tapi hakikatnya, bila masuk sidang Dewan Undangan Negeri, perkara yang acap kali dibangkitkan ialah berkaitan dengan soal peruntukan tambahan untuk kegunaan mereka sendiri.

Malah kali ini mereka menjadikan Rejim Pakatan di Selangor dan di Pulau Pinang sebagai contoh. Namun malangnya, mereka GAGAL untuk menerima hakikat bahawa peruntukan tambahan itu dipulangkan semula.

Kenapa ADUN - ADUN dikalangan Barisan Nasional yang menjadi Pembangkang di Selangor dan di Pulau Pinang mengambil langkah memulangkan semula peruntukan yang diberikan?

Jawapannya cukup mudah. Semuanya bukan hanya kerana mereka berpegang kepada prinsip parti. Tetapi daam masa yang sama mereka juga turut menjaga Integriti serta maruah parti yang mereka wakili.

Selain itu, mereka tidak mahu memalukan pengundi - pengundi diperingkat akar umbi yang telah memilih mereka sebagai wakil rakyat. Itu sebab mereka menolak peruntukan yang diberikan.

Maka persoalannya, adakah ADUN -ADUN Pembangkang dikalangan Pakatan Haramjadah tu di Pahang ni tidak mempunyai sebarang Integriti dan maruah diri untuk dijaga dan dipelihara?

Adakah mereka sanggup memalukan pengundi -pengundi yang telah memberikan kepercayaan kepada mereka sewaktu Pilihan Raya Umum yang lalu dengan menjadi Pengemis dalam sidang DUN?

Kalau setakat nak jadi wakil rakyat hanya sekadar untuk menagih duit peruntukan tambahan, bukan pejuang rakyat namanya tu!!! Dah dapat jadi Wakil Rakyat, jangan la diorang nak memalukan diri sendiri dengan menjadi Pelacur pulak!!! - seterusnya...
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping