Rabu, Disember 17, 2014

Jangan kata Kerajaan 'Zalim'. Jangan kata Kerajaan 'Kejam' atau tidak membela nasib rakyat. Tapi yang perlu dipersalahkan adalah mereka yang dari kalangan pekebun - pekebun Haram itu sendiri.

Mereka sendiri yang cari penyakit. Maka sekarang mereka sendiri yang perlu menghadapi musibahnya. Adakah ini yang mereka mahukan dari kerakusan nafsu diri mereka sendiri?

Hal ini membuktikan bahawa pihak Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat. Bila ada yang buat salah, maka mereka akan dikenakan hukuman yang setimpal.

Tapi, masih lagi ada yang tak serik. Masih lagi ada yang cuba nak 'Berunding' untuk melepaskan diri. Namun itu semua sudah tidak bermakna lagi. Ianya perlu diberikan contoh kepada orang lain.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Ops Gading yang dijalankan oleh anggota keselamatan di Cameron Highland telah berjaya membersihkan kawasan kebun - kebun Haram.

Walaubagaimana pun ada dikalangan anggota yang menjalankan tugas ditemui oleh beberapa orang peneroka yang terlibat dan diminta untuk diadakan rundingan agar tidak mengambil tindakan.
"Sebelum ini ada yang mendakwa tugas kami sebagai 'hangat-hangat tahi ayam', kami sebagai 'wayang kulit' sahaja. Jangan datang kepada kami untuk berunding, kami tidak ada hak untuk adakan perundingan. Kami datang untuk laksanakan arahan.


"Kami datang (ke kebun haram) bukan untuk berunding tetapi untuk laksanakan arahan pembersihan dan perobohan aset di kebun haram. Kalau nak beruding, berundinglah dengan pihak lain," katanya.
Jika sebelum ini, mereka boleh ingat diri mereka berkuasa. Mereka ingat diri mereka lebih besar dari undang - undang. Tapi jelas, sekarang mereka hanya mampu melihat dan melopong.

Mungkin perkara seumpama ini perlu dilakukan diseluruh Malaysia agar tidak ada lagi kegiatan sama dilakukan. Baru la mereka yang terlibat tu tak tunjuk 'Besar Kepala' sangat.

Bagi yang dah dapat TOL, jangan lepas ni nak memandai - mandai buat tuntutan dan desakan nak minta geran pulak. Kira bagus sangat dah orang bagi tanah untuk cari rezeki. Tapi diorang sendiri yang 'Tabur Pasir dalam Periuk Nasi sendiri'!!!
Categories:

5 ulasan:

  1. Hari tu nafi sangat tak ade pati ........
    ade 6000 ekar Tanah di teroka secara haram... 6000 x 4 orang dah jadi 24000 pekerja diperlukan......
    cer cite cekit....

    BalasPadam
  2. Itu kisah kebun haram, macamana pulak dengan kilang2 haram yg bersepah kat satu malaya ni. Kilang2 ni dah lama dibina ikut suka hati mak bapak dia, mencemar alam sekitar dan sumbet air minuman semulajadi. Bila pulak nak ambil tindakan? Nak tunggu orang mati ribu2 dulu ke baru terhegeh hegeh nak ambik tindakan?!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn sedap mulut je..bagi bukti baru boleh buat tindakan..terus je pada MKN atau SPRM supaya Majlis2 Tempatan kecut perut..

      Padam
  3. Kes2 sebegini patutnya ahli majlis, jkkkk, penghulu, adun kawasan yg perlu laporkan kpd pihak berkuasa utk diambil tindakan. Masalahnya diorg ni yg selalunya bersubahat. Sebab tu pengusaha kebun, kilang dll semuanya berani langgar peraturan.

    BalasPadam
  4. Tahniah kepada MKN kerana ambil tindakan tegas keatas tanah haram dan PATI. .KENAPA ...
    SPRM..sepi diamkan diri tak tangkap Penceroboh(kebanyakan orang awam tahu siapa mereka) dan pejawat awam(pejabat tanah&hutan)yang RASUAH...Mohon SPRM buktikan intergriti ketelusan tindakan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping