Khamis, Disember 25, 2014

Heh! Apa nak heran sangat kalau Si Khalid ni kantoi buat kerja yang tak berfaedah macam tu. Kita bukannya baru kenal dengan Si Khalid ni. Perangai Liberal dia tu memang dah cukup terkenal.

Jika sebelum ini pun, Si Khalid tu sendiri pernah membantah cadangan untuk melarang penjualan arak disekitar kawasan yang majoriti penduduknya dari kalangan orang Melayu di Selangor.

Malah dia jugak yang pernah menimbulkan konflik apabila cadangan untuk melarang orang Islam bekerja di premis perniagaan yang menjual arak dikuat-kuasakan di Selangor. 

Jadi, kenapa pulak kita nak berasa hairan jika dia buat kenyataan dengan menjelaskan bahawa PAS Kelantan tidak pernah membawa cadangan perlaksanaan Hukum Hudud kepada AJK PAS Pusat?

Apa yang jelas, kenyataan Si Khalid tu didapati bercanggah dengan apa yang dinyatakan oleh Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS berkaitan dengan isu tersebut.

Katanya, PAS Kelantan sudah pun membawa cadangan perlaksanaan Hukum Hudud itu ke pengetahuan PAS Pusat agar dapat diberi pertimbangan yang sewajarnya sebelum keputusan akhir dibuat.
“Bila bawa kepada Lajnah Politik Kelantan, Lajnah Politik Kelantan desak juga bawa perkara 76a (Ana lihat Lajnah Politik Kelantan mahu Kerajaan Persekutuan serius dengan RUU). Hasil pertemuan dengan Kelantan dibawa semula ke mesyuarat PAS Pusat untuk bincangkan.

“Keputusan mesyuarat itu, teruskan perbincangan dalam jawatakuasa teknikal Kerajaan Pusat dan Negeri serta laporkan nanti kepada PAS Pusat.

“Kemudian, disebabkan tak sempat nak bawa ke sidang Parlimen bulan Julai, maka Cikgu Pa (Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS) buat press statement, RUU tidak akan diusulkan bulan Julai tetapi tunggu hasil Jawatankuasa Teknikal.


“Kesimpulannya mesyuarat PAS Pusat dah setuju RUU ini dibawa oleh Kelantan ke parlimen, cuma bincang strateginya dalam Lajnah Politik dan teknikalnya dalam Jawatankuasa Teknikal kerajaan Pusat dan Negeri,” kenyataan Dr Zuhdi dipetik.
Nah! Dengan kenyataan tersebut, maka terserlah la kemaluan Si Khalid tu yang dilihat cuba nak menghalang perlaksanaan Hukum Hudud melalui kaedah mengelirukan orang lain.

Apa yang pasti, kenyataan yang dibuat oleh Si Khalid itu sebelum ini telah dijadikan modal Politik oleh puak - puak DAPigs untuk terus menghentam PAS secara terbuka. (Klik Sini)

Persoalannya sekarang, adakah Si Khalid tu menipu dengan mendakwa KONONnya PAS Kelantan tidak pernah membawa isu perlaksanaan Hukum Hudud itu ke Jawatankuasa PAS Pusat?

Seperti apa yang sudah kita jelaskan sebelum ini. Ada sesetengah pemimpin dikalangan puak - puak PAS tu sendiri berjuang bukan atas dasar nak mempertahankan agenda parti tersebut.

Sebaliknya, diorang ni hanya sekadar berjuang untuk memenuhi kepentingan serta keperluan Politik Peribadi mereka sendiri semata - mata. Bukannya diorang berjuang demi memastikan agenda parti terlaksana dan kesucian Islam itu terpelihara!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping